in

[VIDEO] Budak Jual Makanan Kena Buli Dengan Orang Naik Moto Buat Ramai Orang Menyirap Bila Tonton

Buli5

Rasa marah dan sedih bercampur aduk bila melihat video ni yang sekarang ini tengah viral dekat Twitter dan Facebook ni. Seorang budak lelaki ditampar, ditolak dan diejek oleh sekumpulan remaja biadap untuk dirakam sebagai bahan hiburan itu telah meraih perhatian netizen.

Di Facebook dah berjaya raih sampai 186,000 shares!

 

Penjual makanan goreng dibuli macam ni, sedih bila tengok”

Dalam satu video ini, salah seorang pembuli dapat dilihat berjongkok di belakang pagar sementara menunggu mangsa menghampiri. Budak lelaki malang itu dilihat menaiki basikalnya di jalan sambil membawa banyak barang.

Kemudian si pembuli sergah dari tepi sudut dekat budak lelaki itu ketika dia melintasi kawasan pembuli itu menyorok. Terkejut punya pasal, budak lelaki itu hilang kawalan dan jatuh.

Si pembuli cepat-cepat angkat basikal yang menimpa mangsa dan gelak besar dekat dia sementara mangsa tengah berusaha untuk cuba bangun.

Dapat dilihat orang ramai-ramai yang berkerumun disitu gelakkan mangsa. Biadap! Dalam video lain yang dimuat naik, ada sekumpulan pembuli dilihat sedang duduk mengejek  mengejek budak malang itu ketika dia berusaha mendapatkan kembali keseimbangannya.

Sebaik sahaja dia kembali berdiri, mangsa dilihat begitu geram dan bengang. Dia cuba membengkokkan plat nombor salah satu pembuli dalam usaha untuk berdiri sendiri.

Namun, pembuli itu menamparnya dan mendorong budak itu kembali ke tanah, marah dan cabar sambil mengejek untuk bangun semula.

Video yang dimuat naik dalam masa 24 jam (17 Mei 2020) telah meraoh 186,000 perkongsian dan dikatakan ianya berlaku di Indonesia.

Ketika ia dikongsikan semua di Twitter, ramai yang jadi marah dan nak nagis bila tengok. Malah netizen cukup bengang bila tengok video itu.

Buli3

Bagaimanapun, dengan kuasa viral ini jugaklah sipelaku ni dah kena tahan dan diambil tindakan. Harap lepasni dapalah kawal anak-anak kita daripada dibuli.

 

Baca : “Ini baru nama jangan kejut harimau tidur” – Netizen Puas Hati Bila Mangsa ‘Rembat’ Balik Pembuli Ni

Pembuli

 

Sumber: Indozone