in

[VIDEO] Buat Hal Lagi! Kali Ni Hadrey Ali ‘Rembat’ Tikar Getah Untuk Parodi Fesyen Raya Aina Abdul

Page Ainaabdul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang rajin scroll TikTok mesti takkan terlepas dengan content yang dibuat oleh TikToker Hadrey Ali ni kan?



Dia memang terkenal dengan pembikinan video parodi pemakaian fesyen-fesyen unik yang pernah digayakan oleh penyanyi-penyanyi di negara kita seperti Aina Abdul dan juga Dato’ Seri Vida. Walaupun bukan sepenuhnya sama, tapi sekali tengok memang terus cam!

Baru-baru ni pula, Aina Abdul ada memuat naik beberapa pakaian bertemakan raya seperi baju sampul duit raya dan juga ketupat di Instagramnya @ainaabdul bagi lagu raya terbarunya, Gema Raya.

“Buat hal betul eh!”

Disebabkan tu, Hadrey Ali ni laju betul buat kerja! Dia terus memuat naik video di akaun TikToknya @diva.h.a menggayakan fesyen yang lebih kurang sama macam Aina Abdul tapi bukannya guna sampul duit raya…

@diva.h.a

Duit raya ❌ tikar raya ✅ #raya #fyp #aidilfitri #tiktokmalaysia

♬ original sound – Aina Abdul – Aina Abdul

Haa, sudah… Dia terus pakai tikar getah untuk samakan dengan gaya Aina Abdul, cutting baju dengan awning tudung tu memang on point! 

“Tikar mak siapa tu nak buat raya?!”

Dirinya yang bersahaja siap lip-sync lagu Gema Raya itu telah menyebabkan pengguna-pengguna TikTok terhibur malah ada yang bergurau dengan mengatakan Hadrey Ali ‘tempah maut’ sebab guna tikar getah.

“Dia cabut tikar mak dia wei… Memang habis lah kalau mak dia tahu” – Komen netizen

Komen Full 15

Sebelum ini, Hadrey Ali pernah memparodikan gaya DSV dalam lagu Ku Ikhlaskan dan juga fesyen AJL Aina Abdul yang bertemakan taman bunga. Tak pernah failed eh effort tu!

Haa, korang yang lain dah beli baju raya belum? Baju tema warna apa tahun ni? Hihihi…

Baca: “ATM bergerak”  – Netizen Usik Fesyen Aina Abdul Pakai Kebaya Sampul Duit, ‘Dress’ Ketupat 

Untitled 2 18

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.