in

“ATM bergerak” – Netizen Usik Fesyen Aina Abdul Pakai Kebaya Sampul Duit, ‘Dress’ Ketupat

Netizen Usik Fesyen Aina Abdul Pakai Kebaya Sampul Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Aina Abdul dengan fesyen memang tak dapat dipisahkan. Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Sepi’ dan ‘Sumpah’ ini sering tampil dengan fesyen di luar kotak kebiasaan dan unik. Teringat fesyen Aina waktu AJL, memang ‘extra’!

Baru-baru ini menurut Kosmo!, penyanyi tersohor Malaysia terus menjadi bualan netizen apabila digelar ‘ATM bergerak’ selepas menggayakan busana kebaya songket merah yang dihiasi dengan 200 keping sampul raya RM10.


Aina 2

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 27, mengenakan busana rekaan Wan & Mary dalam klip video terbaharunya, Gema Raya yang dilancarkan semalam. Korang dah dengar ke?

Rekaan tersebut adalah hasil daripada idea serta konsep ‘balik raya’ yang dipersembahkan menerusi lagu sambutan lebaran. Menurut pereka fesyen terkenal ini, baju yang dihasilkan memakan masa lebih kurang 3 hari untuk disiapkan.

Selain itu, Aina juga turut memakai beberapa rekaan lain yang dihiasi ketupat raya dan lampu ‘lip lap’ raya. Muzik video yang diarahkan oleh Mohd Hisham Saleh ini berjaya meraih lebih 110 ribu tontonan sejak ia ditayangkan di YouTube.

Fi 2

Menurut Aina, muzik video Gema Raya ini sangat istimewa kerana mereka cuba untuk berlakon. Aina turut berharap supaya orang ramai akan suka dan terhibur dengan muzik video tersebut.

Menjengah ke ruangan Instagram artis ini iaitu @ainaabdul, rata-rata orang ramai kagum dan turut mengusik fesyen penyanyi tersebut.

https://www.instagram.com/p/CcxlymvFnRl/

“Cuba kira berapa jumlah duit yang ada pada baju Aina? Siapa betul dapat la hadiah” – Komen netizen

Komen Aina

Korang suka dress Aina yang mana satu? Ketupat ke sampul raya?

Baca: “Level konsert CT harganya” – Tiket Konsert Aina Abdul Dikritik Mahal, Tapi Hampir ‘Sold Out’?

Bawah 10

 

 

 

Sumber: YouTube
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.