Budaya membuli ni macam dah sinonim pulak dalam diri sesetengah orang. Selalunya yang jadi mangsa dah tentulah orang yang kurang berkemampuan dari segi fizikal mahu pun kewangan kan?
Macam baru-baru ni, agak kecoh di media sosial bila video seorang pekerja syarikat penghantar barang dilihat telah membuli seorang lelaki dipercayai gelandangan dan orang kurang upaya (OKU) dengan menembaknya beberapa kali menggunakan mercun das.
https://www.tiktok.com/@majoritiofficial/video/7096130870687452443?_t=8SDKUlaRc9q&_r=1
Tindakan lelaki tersebut turut dirakamkan oleh rakan sekerjanya yang dilihat tidak cuba menghentikan perbuatan keji itu.
Dalam satu video lain, dapat juga dilihat pekerja ini telah diminta oleh majikannya untuk meminta maaf dan mencium kaki mangsanya atas tindakan biadapnya itu.
https://www.facebook.com/100050572985347/videos/pcb.3211828615765151/1015126622452153
Polis tahan dua pekerja buli OKU
Menurut Harian Metro, pihak polis telah pun menahan dua pekerja tidak bertanggungjawab ini. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Bandar Baru Semariang, Kuching, Sarawak.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, suspek berusia 24 tahun itu telah membakar mercun dan menghalakannya ke arah lelaki OKU berusia 40 tahun yang sedang duduk berehat di tangga sbeuah bangunan.
Tak cukup dengan itu, suspek turut mengacah mangsa dengan mencucuknya dengan objek tumpul sambil perbuatannya itu dirakam rakan sekerja.
Berikutan video yang tular di laman sosial itu, satu laporan polis diterima dan bertindak atas laporan itu dua suspek termasuk yang merakam video itu ditahan oleh anggota dari Balai Polis Santubong serta Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, petang semalam.
“Suspek direman empat hari mulai hari ini dan semua barang kes termasuk pakaian seragam syarikat penghantaran yang dipakai suspek utama ketika kejadian dan bekas mercun yang digunakannya dirampas.”
Untuk pengetahuan korang, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan objek dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana cuai menggunakan bahan letupan.
Dah tahu buat salah, sanggup pulak biar diri dirakam. Tak faham betul.
Baca: “Malukan orang Taiping je!” – [VIDEO] Lelaki Tampar & Buli Remaja OKU Sebab Tak Bagi Pinjam Basikal