in

“Malukan orang Taiping je!” – [VIDEO] Lelaki Tampar & Buli Remaja OKU Sebab Tak Bagi Pinjam Basikal

Buli Remaja Oku

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga manusia biasa, mereka mempunyai perasaan dan perlu dihormati sama seperti orang lain. Mereka cuma mempunyai kekurangan atau kelainan dari segi mental atau fizikal.

Bagaimanapun, masih ramai yang memandang rendah terhadap golongan ini, lebih menyedihkan ada juga yang mengambil kesempatan ke atas kekurangan mereka ini.

Itulah yang terjadi baru-baru ini di Taman Tasik Taiping, Perak apabila seorang remaja OKU ditampar dan dibuli oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan.

Dalam laporan, BFM difahamkan remaja OKU itu sedang berbasikal berseorangan di taman tersebut dan kemudiannya sekumpulan lelaki ingin meminjam basikalnya itu.

Remaja OKU tersebut enggan memberikan basikalnya kepada lelaki-lelaki itu, lalu salah seorang daripada lelaki tersebut bertindak menampar remaja tersebut sehingga membuatkan dia menangis.

Video berdurasi seminit tersebut telah tular di media sosial dan mendapat perhatian pihak polis, sebuah kenyataan telah dikeluarkan berkenaan insiden tersebut.

280160949 297321435922927 6408913141320389704 N

Menurut kenyataan Polis Daerah Taiping, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 323 (menyebabkan kecederaan secara sukarela) dan 506 (ugutan jenayah) Kanun Keseksaan. Dalam kenyataan itu juga, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 22 tahun untuk membantu siasatan.

Tergamak buli OKU ya, kan dah mendapat…

Baca: Gara-gara Bayang-bayang Kereta Masuk Dalam Parking Kenderaan OKU, Lelaki Ini Didenda Sebanyak RM355

Untitled Design 2022 05 09T102710.196