Benarlah kata pepatah, guru itu bagai lilin yang membakar diri. Mereka sanggup berkorban dalam apa jua keadaan demi kejayaan anak-anak murid mereka.
Bersempena dengan sambutan Hari Guru semalam, satu portal berita telah memuat naik video di Twitter yang memaparkan kepayahan sekumpulan guru di Gua Musang, Kelantan yang terpaksa menempuh perjalanan yang berbahaya untuk ke sekolah.
16 Mei – Video guru pertaruh nyawa untuk ke SK Balar, Gua Musang menyentuh hatihttps://t.co/k1hYAekwbg@RadziJidin@KemPendidikan
'Yang sahih di Berita RTM'#RTM #BeritaRTM #KeluargaMalaysia #COVID19Malaysia pic.twitter.com/ulPPYBnYvX
— Berita RTM (@beritartm) May 16, 2022
Lalui jalan berbukit yang berselut, jambatan hampir roboh
Menerusi video tersebut, korang sendiri dapat lihat kepayahan guru-guru pedalaman di SK Balar, Gua Musang, Kelantan yang terpaksa menaiki motosikal dan kenderaan 4X4 untuk ke sekolah berkenaan.
Selain melalui jalan yang mencabar dipenuhi selut serta berbukit, mereka juga dilihat terpaksa melalui jambatan yang daif serta bermacam lagi.
Sampaikan ada cikgu terjatuh dari motosikal dia masa nak rentas jalan berselut. Aduh kesian!
“Bukan sesuatu yang patut dibanggakan”
Video berkenaan kemudian mendapat perhatian netizen yang mana berasa sedih dengan guru-guru ini terpaksa melalui kepayahan demi ingin mendidik anak bangsa.
Ramai juga yang meminta kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi membantu guru-guru yang bertugas di sekolah berkenaan.
Terima kasih kepada guru-guru ini kerana sanggup bergadai nyawa demi nak mengajar anak-anak murid di kawasan pedalaman. Semoga jasa cikgu mendapat balasan yang setimpal di dunia akhirat.
Baca: [VIDEO] Cikgu Dipuji, Guna Cara ‘Fun’ Untuk Murid Faham Tentang Sentuhan Tak Selamat