in

[VIDEO] Bengang Diejek, Pelajar Tingkatan 3 Tolak ‘Senior’ Sampai Jadi Gaduh?

Collage 10

Masa sekolah dulu, gurauan paling biasa kawan-kawan buat adalah ejek mengejek antara satu sama lain. Paling common sekali ejek nama ayah lah kan? Tapi, kadang-kadang kalau tak kena cara memang boleh buat gaduh!

Baru-baru ini, viral video di media sosial menunjukkan beberapa pelajar bergaduh dan saling tolak menolak antara satu sama lain.

Dapat dilihat beberapa guru wanita cuba meleraikan pergaduhan pelajar-pelajar ini. Difahamkan, video viral ini telah dirakamkan oleh salah seorang pelajar di sana.

Memetik laporan dari Sinar Harian, pergaduhan yang berlaku di salah sebuah sekolah di Sepang ini adalah berpunca dari perbuatan ejek mengejek.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, kejadian ini bermula apabila pelajar tingkatan tiga diejek oleh pelajar tingkatan empat semasa waktu rehat.

Pelajar berusia 15 tahun itu telah hilang sabar lalu menolak pelajar berusia 16 tahun tersebut.

“Pelajar Tingkatan Empat itu kemudian telah menumbuk di bahagian muka pelajar Tingkatan Tiga, namun tumbukan itu hanya terkena sedikit, lalu berlaku tolak menolak di antara sekumpulan pelajar.”

Screenshot 2022 04 07 At 12.15.20 Pm

Selepas berlaku provokasi antara satu sama lain, pergaduhan ini akhirnya berjaya dileraikan oleh guru-guru di sana.

Hasil pemeriksaan awal menunjukkan tiada kecederaan yang berlaku terhadap semua pelajar yang terlibat dan mereka dikatakan telah pun berdamai dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Manakala pihak pengetua sekolah tidak membuat laporan polis berhubung insiden ini kerana tiada kecederaan yang berlaku dan akan mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar-pelajar yang terlibat.

Tak payahlah ejek ejek ni, kadang-kadang tu kita tak perasan kita dah terguris hati kawan lepastu jadi lain.

 

Baca: “Confidentnya dia!” – Pelajar Malaysia ‘Gaduh’ Dengan Pak Arab Sebab Tersalah Naik Tren

Pelajar Malaysia Berdebat