in

“Confidentnya dia!” – Pelajar Malaysia ‘Gaduh’ Dengan Pak Arab Sebab Tersalah Naik Tren

Pelajar Malaysia Berdebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akibat tersalah naik tren, seorang gadis Malaysia ‘bergaduh’ dengan seorang Pak Arab yang merupakan kakitangan pemeriksa tiket penumpang ketika berada di dalam sebuah kereta api.


Video ‘pertengkaran’ itu kemudiannya tular setelah dikongsikan ke media sosial.

Namun begitu, suasana kecoh yang dirakam dalam video berdurasi satu minit dan 41 saat itu mengundang persoalan netizen. Ada yang anggap gadis ni bergaduh dengan Pak Arab tu.

Korang boleh tengok video yang telah dikongsikan semula oleh Sinar_my ni

Memetik laporan mStar, gadis bernama Hidayah Anuar menjelaskan hal sebenar bahawa tiada pergaduhan yang terjadi pada hari itu.

Menurutnya, dia dan seorang rakan bernama Aisyah Noorazlin, 21, berada dalam perjalanan pulang dari Iskandariah ke Kaherah, Mesir.

Kekecohan di dalam gerabak itu tercetus apabila kedua-dua gadis yang merupakan penuntut di Universiti Al-Azhar telah tersilap menaiki tren untuk pulang. Hidayah berkata dia sebenarnya sedang menjelaskan situasi mereka kepada lelaki Arab yang bertugas menyemak tiket penumpang kereta api.

“Kami tak bergaduh pun, cuma memang cara orang Arab cakap lantang macam tu. Saya pula menyelami budaya mereka turut sama bercakap lantang,” jelas Hidayah.

Hidayah, 29, yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjaza Muda Bahasa Arab itu berkata tren yang dinaiki mereka itu memang menuju ke destinasi sama tetapi tiket yang dibeli adalah untuk kereta api lain.

“Staf tu beritahu kami sudah tersalah naik tren yang harganya jauh lebih mahal. Sebab tu dia ada minta kami untuk membuat bayaran tambahan atau perlu turun di stesen berikutnya untuk naik kereta api yang sepatutnya,” kata Hidayah.

Hidayah yang mengaku salah faham itu adalah salah dirinya dan rakan yang tidak bertanya terlebih dahulu menjelaskan bahawa harga tiket kereta api asal mereka adalah 55 pound Mesir (RM14.20). Manakala harga tiket tren yang mereka tersalah naik adalah 130 pound Mesir (RM33.55).

Bagaimanapun, insiden itu berakhir selepas Hidayah dan rakannya turun di setesen berikutnya dan pulang menaiki tren yang sepatutnya.

Video yang dikongsikan semula ini telah meraih lebih 393,000 tontonan dan dibanjiri ribuan komen daripada netizen.

Pelajar Gaduh Dengan Pak Arab

Admin pun rasa seronok dengar dia cakap Arab. Fluent habis!

Pelajar Gaduh Dengan Pak Arab 2

Admin cemburu betul dengan pelajar ni. Bukan senang tu nak fluent cakap Arab siap boleh bercakap sama dengan orang Arab

Sumber: mStar, Instagram

Baca: “Dedah Pasal Kejadian Di Wuhan Masa Covid-19 Mendadak, Wanita Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.