in

Video Bapa Gendong Anak Sambil Tarik Barangan Kitar Semula Buat Ramai Sebak

Kitar Semula

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Insan yang bergelar bapa kebiasaannya sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kelangsungan hidup keluarganya.

Meskipun terpaksa berpeluh di siang hari dan berjaga di tengah malam, bapa yang baik tidak akan pernah berkira dengan anak-anaknya.


Terbaharu, tular sebuah video di media sosial yang memperlihatkan seorang lelaki sedang mengendong anaknya, sambil menarik muatan besar dipercayai barangan kitar semula.

Video berdurasi selama 26 saat itu memperlihatkan seorang lelaki sedang membongkokkan badan untuk menarik bungkusan plastik yang dilihat agak berat. Kejadian dirakamkan di sebuah jalan di Indonesia.

Kitar Semula

Lebih menyedihkan lelaki tersebut turut dilihat sedang mengendong seorang kanak-kanak lelaki di tangan kirinya, di saat tangan kanannya menarik bungkusan plastik itu. Kanak-kanak lelaki yang dipercayai anaknya itu dilihat sedang tidur dalam dukungan.

Video ini ternyata tular di media sosial dan rata-rata warganet meluahkan rasa kasihan terhadap lelaki itu. Malah, ada yang berharap agar pihak berkuasa menghulurkan bantuan kepada keluarga kecil itu.

https://www.tiktok.com/@nailul.shinta/video/7242306927127006470?_op=1&_r=1&_t=8d2jp0I7X1T

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet mendoakan kesejahteraan lelaki itu dalam mencari rezeki buat keluarganya.

“Semoga disihatkan badannya, dan dimurahkan rezekinya amin”, tulis seorang individu.

Bagaimanapun, seorang individu mendedahkan sebaliknya tentang lelaki itu. Menurut individu tersebut, lelaki tersebut sudah pernah dibantu oleh penduduk tempatan dan pihak berkuasa dari segi kewangan dan peluang pekerjaan.

Namun, dia akan tetap berada di jalanan untuk menagih simpati orang ramai. Jelas individu ini, lelaki tersebut akan berpindah ke lokasi baru dan menjalankan kegiatannya untuk mendapat sedekah daripada penduduk di situ.

Apa-apa pun kisah di sebalik lelaki itu, diharapkan dia mampu untuk terus kekal cekal dan meneruskan kehidupan dengan selesa.

BACA: Kecoh Spekulasi Di Indonesia, Penyanyi Terkenal Agnez Mo Didakwa Maut Dibunuh Di AS?

Capture 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.