in

“Berebut tanah, akhirnya kembali kepada tanah” – Wanita Saman Bapa RM864,000 Kerana Harta Peninggalan Maut Sehari Sebelum Perbicaraan

Saman Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benarlah kata orang, kalau bab wang dan harta ini bukan saja saudara mara boleh gaduh, dengan bapa sendiri pun ada yang sampai berseteru tau!


Inilah yang berlaku kepada sebuah keluarga di Cinambo, Bandung dekat Indonesia apabila seorang wanita sanggup memfailkan saman terhadap bapa kandungnya sebanyak 3 billion rupiah (RM864,000) di Mahkamah Khas Bandung. 

Menurut Kompas, bapa tua yang berusia 85 tahun bernama Koswara ini telah disaman anak ketiganya, Masitoh yang juga seorang peguam. Masitoh bersama abangnya, Deden telah mengemukakan saman terhadap harta peninggalan bapanya itu.

6006F49C3Fa2A

 

Meninggal sebelum perbicaraan 

Macam manapun, sebelum sesi perbicaraan berlangsung, Masitoh katanya telah meninggal dunia pada hari sebelumnya.

Dia dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan dikebumikan semalam iaitu tarikh sama bagi perbicaraan kes tersebut di mahkamah. 

Selain Masitoh, Koswara sebenarnya mempunyai enam orang anak iaitu Imas, Deden, Masitoh, Ajid, Hamidah dan Muchta.

Hamidah yang merupakan anak kelima Koswara yang memimpinnya untuk ke mahkamah berkata, bapanya baru sahaja mengetahui berita kematian Masitoh selepas mahkamah berhenti bersidang.

Walaupun mereka berseteru, bapanya tetap pergi menziarahi pusara anaknya itu dan mendoakan yang baik buatnya.

Kakek Koswara Yang Digugat 3 Miliar Anaknya

Aduh sebak tengok bapanya cakap tetap yang mendoakan yang terbaik untuk anaknya sehingga masuk syurga. 

Peguam Masitoh, Komar Sarbini berkata, saman itu difailkan kerana Hamidah dan Koswara didakwa melanggar undang-undang kerana menafikan kontrak perjanjian berhubung pewarisan tanah.

“Mereka mengingkari perjanjian kontrak (sewa tempat) di Jalan AH Nasution Bandung. Selebihnya, akan diputuskan mahkamah,” katanya.

Untuk rekod, tanah yang direbutkan tersebut merupakan milik ibu bapa Koswara (datuk dan nenek Masitoh) yang seluas 0.3 hektar. Sebahagian dari tanah tersebut telah disewa oleh Deden untuk dijadikan kedai.

Yang menjadikan masalahnya kini ialah apabila tanah itu tidak lagi disewakan kerana Koswara ingin menjualnya dan hasil jualannya itu akan dijual kepada ahli waris termasuk saudara kandung Deden.

Haish macam-macam lahai hal harta ni ye. Takut min baca ceritanya. 

Baca: “Komplot dengan adik sendiri” – Kejam! Wanita Tergamak Bunuh Suami Buta Demi Harta Lebih RM2 Juta

Bunuh

Sumber: Kompas
Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.