in

[VIDEO] Aksi Cristiano Ronaldo Masa Sidang Media Ni Buat Coca-Cola Rugi 4 Bilion Dollar

Cats 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral dekat media sosial tentang video aksi Cristiano Ronaldo atau juga dikenali sebagai CR7 yang mengalihkan botol minuman waktu dia menghadiri satu sidang media Euro 2020.


Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh The Sportsman semalam di Twitter, korang boleh tengok yang waktu sidang media itu, Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol Coca-Cola ke tepi dan menggantikan dengan botol air mineral.

Bukan itu sahaja, dia juga siap laungkan kepada orang ramai untuk minum air kosong sahaja sambil mengangkat botol berisi air mineral itu.

 

Coca-Cola rugi 4 bilion dollar

Menurut portal GiveMeSport, saham Coca-Cola dilaporkan mengalami kerugian dengan jumlah yang banyak. Dipercayai saham bernilai 242 bilion dollar menurun kepada 238 bilion dollar iaitu penurunan sebanyak 1.6 peratus.

Kerugian bernilai 4 bilion dollar itu dikatakan berpunca daripada tindakan Ronaldo yang mengalihkan botol minuman jenama Coca-Cola sewaktu dia menghadiri sidang media.

Namun, pihak Coca-Cola masih belum mengulas mengenai perkara ini lagi. So, kita tunggu  penjelasan dari pihak syarikat pula nanti.

 

Netizen sokong nasihat Ronaldo suruh minum air kosong

Melihat di ruangan komen video tersebut yang viral semalam, rata-rata netizen beranggapan yang nasihat diberikan oleh Ronaldo yang mengajak orang ramai untuk minuman air kosong adalah satu perkara yang bagus. Minum air kosong pun lebih menyihatkan sebenarnya sebab tak mengandungi apa-apa bahan yang boleh memudaratkan kesihatan, betul tak?

Iiil

Jb 1

Mungkin Ronaldo tak berniat nak jatuhkan mana-mana pihak dan cuma nak nasihatkan orang ramai. Takpelah, pilihan masing-masing nak minum air apa, yang penting korang pandai jaga kesihatan korang okay.

 

Sumber: The Sportsman, GiveMeSport, Zach Lowy

Baca:“My brother, Insya Allah” – Cristiano Ronaldo Pilih Khabib, Yakin Menang UFC 254

Capture 36

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.