in

[Video] 30 Ratu Cantik Jatuh Dalam Air, Lepas Jambatan Gantung Roboh Masa Tengah Syok Ber’posing’

Ft Ratu Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang model bukanlah suatu tugas yang mudah. Banyak risiko yang perlu diambil berat seperti berlakunya kemalangan ‘high heels’ di atas pentas peragaan, ‘bencana’ alam ketika sesi photoshoot sedang berlangsung dan mungkin juga perlu berdepan dengan jadual penjagaan diet yang agak ketat untuk memastikan tubuh badan kekal kurus dan langsing.


Begitu juga dengan insiden ‘ngeri’ yang berlaku baru-baru ini apabila seramai 30 orang ratu cantik dari Thailand ini secara serentak telah terjatuh ke dalam sebuah kolam ketika sedang syok ber’posing’ di atas sebuah jambatan gantung.

Alamak, macam mana boleh jatuh serentak tu? 

 

Sedang berposing, tiba-tiba jambatan roboh

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di media sosial, kesemua wanita yang merupakan peserta Miss Thailand 2020 itu dilihat sedang berbaris secara ‘berjemaah’ di atas sebuah jambatan gantung sambil memegang minuman.

Feat Ratu 1

Memetik laporan Mirror UK, mereka dikatakan sedang menjalani sesi penggambaran di sebuah restoran di Chiang Mai sebelum jambatan gantung tersebut secara tiba-tiba roboh menyebabkan kesemua ratu cantik tersebut terjatuh ke dalam air kolam yang keruh.

Berat sangat tu nak tampung ramai-ramai.

 

Ada yang sempat tersenyum

Ratu Cantik Jatuh

Terpinga-pinga dengan kejadian itu, ada di antara peserta ratu cantik tersebut yang masih mampu untuk tersenyum ketika berada di dalam kolam. Namun, terdapat juga seramai 3 orang peserta yang mengalami kecederaan.

Salah seorang dari mereka mengalami luka dan lebam pada bahagian dahinya. Manakala, 2 orang lagi hanya mengalami kecederaan ringan. Ketiga-tiganya telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Ratu Cedera

Gara-gara malu dengan kejadian tersebut, Worapot Chatkanjana, 43 selaku pemilik restoran yang menyediakan tempat photoshoot itu berlangsung telah menyumbangkan sebanyak 500,000 Baht (RM67,620) sebagai ‘pampasan’ untuk membayar bil perubatan mereka.

Saya juga akan membayar kepada peserta lain untuk membersihkan pakaian mereka secara profesional.

Menurutnya, dia tidak tahu mengapa jambatan itu pecah. Tambahnya, jambatan tersebut kukuh tetapi ia tidak dapat menampung berat kesemua mereka.

 

Tak patah semangat, terus bertanding 

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak berjaya mematahkan semangat mereka untuk terus bertanding dalam pentas peragaan. Baki 27 orang peserta ratu cantik itu akan meneruskan pertandingan tersebut manakala 3 peserta yang mengalami kecederaan akan bertanding selepas sembuh.

Dr Adison Suddee, yang merupakan Pengarah Miss Thailand 2020 itu berkata, kebiasannya pertandingan ratu cantik ini diadakan di Bangkok. Namun, pada kali ini mereka telah memilih Chiang Mai sebagai lokasi baru disebabkan yakin kawasan tersebut selamat dan dilindungi.

Bak kata pepatah, “Malang tidak berbau”. 

Baca: “Lagi ramai datang buat saringan macam ni” – Ratu Cantik ‘Gantung Crown’ Sementara, Kembali Bertugas Sebagai DoktorBaca Ratu

Sumber: Mirror UK
Sumber: Mirror UK
Sumber: Mirror UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.