in

[VIDEO] 10 Nelayan Dakwa Dihalau Pihak Berkuasa Singapura Ketika Menjala Udang Di Perairan Negara

collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu video menunjukkan nelayan dilihat bergaduh dengan pihak berkuasa Singapura ketika sedang menjaring udang di kawasan Pasir Laba berhampiran Jambatan Link Kedua.

Video tersebut jelasnya telah menimbulkan kemarahan di kalangan netizen yang rata-ratanya tak bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa negara jiran tersebut dan ramai yang mahukan keadilan bagi pihak nelayan.


Menurut Berita Harian, dalam kejadian yang berlaku petang semalam ini, 10 nelayan tempatan telah mendakwa mereka dihalau menggunakan pembesar suara dari bot pihak berkuasa Singapura walaupun mereka berada di dalam perairan negara.

“Dorang yang ceroboh sempadan negara”

Isu ini juga turut mendapat perhatian ADUN Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad yang meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak berkuasa ini kerana telah menghalau nelayan tempatan menggunakan kata-kata kesat.

1510200

Apa yang dikesalkan adalah kawasan nelayan itu ingin melabuhkan pukat masih dalam perairan negara di Selat Johor, sebaliknya bot peronda republik itu sebenarnya menceroboh masuk ke sempadan negara.

Kumpulan nelayan juga mempunyai bukti video yang mereka masih berada di kawasan sempadan negara, selain turut merekodkan provokasi pihak berkuasa Singapura terhadap mereka.”

Ekoran ini, satu laporan polis telah dibuat oleh kumpulan nelayan yang terlibat hari ini dan Pandak mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan hak nelayan untuk mencari rezeki di kawasan perairan negara tidak terjejas.

Saya difahamkan kejadian sama sudah beberapa kali berlaku, namun nelayan hanya mengambil tindakan mendiamkan diri sebelum ini supaya tidak menjejaskan mereka.”

Manakala Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin telah mengesahkan pihaknya sudah pun menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan akan membuat siasatan.

 

Baca: “Pergi balik negara asal!” – [VIDEO] ‘Uncle’ Singapura Halau Lelaki Ni Pulang Ke M’sia Gara-gara…

collage 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.