in

“Pergi balik negara asal!” – [VIDEO] ‘Uncle’ Singapura Halau Lelaki Ni Pulang Ke M’sia Gara-gara…

Collage 65

Zaman sekarang memang susah nak cari kerja lagi-lagi dengan kegawatan ekonomi yang tengah melanda dunia ni. Sebabkan ini, ramai rakyat Malaysia cuba mencari rezeki di negeri-negeri jiran termasuklah di Singapura untuk mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan.

Baru-baru ini, satu video yang dikongsikan di TikTok telah mendapat perhatian ramai menunjukkan pertengkaran yang berlaku di antara seorang lelaki warga emas Singapura dan seorang lelaki Malaysia.

Kalau korang tengok dalam video dekat bawah ni, korang boleh nampak lelaki Malaysia dan lelaki Singapura ini sedang duduk di kerusi bertentangan.

@w4yne3

♬ original sound – w4yn3 – w4yn3

Pertengkaran ini bermula apabila lelaki tua ini telah memarahi lelaki muda tersebut ekoran duduk di atas kerusi khas yang disediakan untuk warga emas.

Teguran tersebut telah membuatkan lelaki Malaysia ini marah dan meminta agar lelaki tua tersebut bercakap dengan elok serta memberitahu bahawa dia duduk di situ kerana tiada warga emas yang berdiri di dalam train. Orang tua tersebut kemudiannya membalas…

Jangan datang sini untuk dapat duit Singapura, pergi balik negara asal!”

Bengang diperlakukan sedemikian, lelaki Malaysia ini kemudiannya menyuruh orang tua tersebut untuk bangun dan memukulnya daripada bercakap sedemikian. Namun, ajakan tersebut ditolak dan lelaki tua ini masih tak berhenti bercakap kasar.

Orang Malaysia itu kemudiannya mengambil gambar orang tua tersebut dan meminta agar dia berhati-hati bila keluar rumah dalam keadaan mengugut.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mengatakan orang tua tersebut sengaja nak cari salah dan buat kecoh di dalam MRT tersebut.

Screenshot 2022 09 28 At 3.10.58 Pm Down

Alamak macam macam lah…

 

Baca: Wanita Singapura Tersalah Makan Sup Di Thailand, Ingatkan Kangkung Rupanya Daun Ganja

Untitled Design 37