in

“Versi low budget”- [VIDEO] Parodi K-Drama ‘All Of Us Are Dead’ Ini Buat Ramai Berdekah!

Fi Aouad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para peminat K-drama semua, korang dah tengok belum siri terbaru ‘All Of Us Are Dead’ dekat Netflix? Kalau belum tengok, korang wajib tengok sekarang!


Siri yang bertemakan zombie apocalypse dan horror fiction ni memang confirm tak rugi untuk korang semua tengok lebih-lebih lagi kepada para pencinta zombi dan cerita survival. Boleh dikatakan siri ini tak kurang hebatnya dengan cerita zombi lain yang pernah dihasilkan oleh Korea Selatan seperti ‘Train To Busan’ dan siri ‘Kingdom’!

Siri 12 episod yang diadaptasi daripada webcomic ini telah pun mencapai satu kejayaan besar sejak hari pertama ditayangkan di Netflix. Selain jalan ceritanya yang menarik dan unik, ramai juga memuji lakonan para pelakon bukan sahaja barisan utama, malah para zombi juga yang sangat menjiwai watak! Kesemua zombi di dalam siri ini nampak sangat real dan menakutkan!

Oleh sebab cerita ini masih lagi trending selepas tayangan episod pertama pada 28 Januari lepas, muncul lah banyak parodi zombi di laman TikTok. Antara parodi yang menarik perhatian ramai ialah daripada Nathaneil Chendang ni. Parodinya yang dikatakan versi ‘low budget’ ini buat ramai tak kering gusi!

Video parodi berdurasi seminit ini telah meraih jumlah tontonan sebanyak 305.6 ribu penonton! Ia juga telah berjaya buat ramai orang berdekah dengan lakonan mereka yang sangat bersahaja. Bukan itu je, aksi para zombi juga nampaknya boleh pergi jauh!

Di ruangan komen pula, ramai yang terhibur dengan parodi mereka ni termasuklah Azfar Heri!

Komen Aouad

Jadi, kepada korang yang belum tengok lagi siri All Of Us Are Dead ni, tolong lah tengok cepat-cepat. Confirm tak rugi, pelakon pun semua sangat talented!

Baca: Menang Anugerah di Golden Globes, Atuk Squid Game Terpaksa Tolak Tawaran Untuk Ditemubual Sebab...

Baca Aouad

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.