in

Menang Anugerah di Golden Globes, ‘Atuk’ Squid Game Terpaksa Tolak Tawaran Untuk Ditemubual Sebab…

Oh Young Soo Tolak Tawaran Interview

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemenangan pelakon ‘Squid Game’ Oh Young-Soo bagi anugerah ‘Pelakon Pembantu Terbaik’ di Golden Globes ke-79 baru-baru ini bukan lagi rahsia.


Beliau telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pelakon lelaki Korea pertama yang berjaya memenangi anugerah tersebut.

That Point To Oh Il Nam S Identity As Player 001 In The Squid Game Clues About Player 01

 

Pun begitu, menurut Kdrama Stars, pelakon yang memainkan watak sebagai Oh Il-Nam ini katanya telah menolak tawaran untuk ditemubual dengan sopan atas satu sebab yang tak terjangka ramai.

 

“Saya tak boleh sebab ada teater esok” 

Oh Young-Soo yang berusia 77 tahun itu berkata sebab dia menolak tawaran ini adalah  kerana dia mempunyai lakonan teater pada esok hari. Oh sebab tu je ke? 

Saya tak boleh (lakukan interview) sebab ada teater esok,” katanya ringkas.

Disebabkan jawapan tersebut, ramai di kalangan netizen yang memuji pelakon ini kerana sentiasa merendah diri dan mengutamakan kerjayanya walaupun sudah mengalahkan beberapa pelakon hebat Hollywood di peringkat antarabangsa.

8616418903171811

Namun menerusi satu ucapan penerimaan anugerah menerusi Netflix, Oh Young-Soo mengakui dia hampir kehilangan kata-kata dan berkata,

“Selepas mendengar berita anugerah ini, saya beritahu diri sendiri, ‘Saya hanyalah lelaki biasa’. 

“Saya berterima kasih kepada dunia. Harap kamu semua hidup dalam kehidupan yang indah. Terima kasih,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Lee Sang Yoon juga berkongsi gambar mereka meraikan kejayaan Oh Young-Soo secara kecil-kecilan di set teater ‘Freud’s Last Session’.

Oh Young Soo1

Apa-apapun tahniah kepada atuk Squid Game! Memang layaklah menang anugerah ni. Dedikasi dia dalam lakonan memang A+!

Baca: “Ni baru aktor hebat!” – Kak Ogy Puji ‘Atok’ Squid Game Menang Best Supporting Actor Golden Globe 2022

Page Ogy 1

Sumber: List 23
Sumber: Hakyoreh
Sumber: Soompi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.