in

Vaksin COVID-19: Penduduk Lembah Klang Berusia 40 Tahun Ke Atas, Komorbiditi Boleh ‘Walk-In’ Mula 2 Ogos

Vaksin Walk In

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemberian vaksin menggunakan pendekatan terus tanpa janji temu atau walk in akan berkuat kuasa di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini.

Khairy Jamaluddin Resize 1 E1627720702279

Menurut Menteri Penyelarasan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, suntikan itu akan dimulakan secara berperingkat dan keutamaan diberikan kepada individu berusia 40 tahun ke atas dan yang mempunyai komorbiditi, lapor portal Berita Harian.


“Kita akan buka (pemberian vaksin secara terus) mengikut kategori dahulu, justeru pada 2 Ogos, kita akan menerima ‘walk in’ untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan golongan komorbiditi,” katanya.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin menambah, kaedah walk in bagi semua individu berusia 18 tahun ke atas pula akan diumumkan menerusi siaran media pada 5 Ogos nanti.

“Pada 5 Ogos, kita akan buka kepada semua, 18 tahun ke atas. Kaedah pelaksanaan ‘walk in’ akan kita akan umumkan menerusi siaran media daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam tempoh terdekat.”

Rakyat Vaksin E1627720929246

Dalam pada itu, Khairy Jamaludin mengingatkan bahawa bukan semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan menerima individu yang datang melalui kaedah walk in.  Tambahnya, senarai PPV mana yang menerima walk in akan dimaklumkan kelak.

Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang bagi memastikan setiap individu dewasa di kawasan Lembah Klang akan menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin menjelang 1 Ogos.

Menurut perangkaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), setakat semalam sahaja sudah 90.3 peratus individu dewasa di Lembah Klang sudah mendapat suntikan dos pertama.

Suntikan vaksin secara walk in ini difahamkan akan dilakukan secara first come, first serve dan bergantung pada kapasiti PPV. Jika mana-mana individu yang gagal mendapatkan suntikan vaksin pada hari berkenaan akan diberikan keutamaan pada keesokan harinya.

Sumber: Berita Harian

Baca: Vaksin Covid-19: Syarikat Pengeluar Pertahan Vaksin Sinovac Efektif Melawan Varian Delta

3Sino E1627720530657

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.