in

Ustaz Ebit Lew Tenang Jawab Soalan Isu ‘Misi Gaza’, Minta Nadir Perjelas Dimana ‘Hasil’ Dana RM20 Juta

Ust Ebit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mengikuti isu yang membabitkan Ustaz Ebit Lew, Caprice dan Nadir Al Nuri berkaitan ‘Misi Gaza’, seperti yang dijanjikan Ustaz Ebit akhirnya mengadakan sesi live hari ini pada jam 1.00 petang tadi.


Menerusi sesi live tersebut, Ustaz Ebit nampak tenang menjawab pelbagai persoalan yang diajukan netizen kepadanya termasuklah ‘tuduhan’ daripada Nadir dan Caprice.

Ebit Live

Berikut antara persoalan yang dijawab Ustaz Ebit yang telah diringkas setakat ini:

 

Isu wang ke Gaza

Menurut Ustaz Ebit menerusi sesi livenya, dia mengatakan ramai di antara netizen telah melemparkan kata-kata kesat dan menuduh dirinya jahat serta tidak baik walaupun dia hanya berfikir untuk melakukan kebaikan.

Untuk tidak memanjangkan cerita ustaz terus menjawab persoalan yang ditimbulkan Nadir berkenaan wang yang digunakannya untuk Gaza. Menurutnya, dia tidak membuka sebarang tabung derma ke Gaza.

Wang digunakan ialah wangnya sendiri dan duit sahabat rapat yang memberi sumbangan. Malah tiket penerbangan juga telah disponsor Turkish Airlines.

 

Isu Nadir – Perihal wang RM20 juta & soal tak ‘reply Whatsapp’ 

Ustaz Ebit kemudian kembali bertanyakan saudara Nadir Al Nuri berkenaan wang RM20 juta yang diterimanya setiap tahun daripada NGO-NGO. Ke manakah wang yang dikumpulkan itu pergi, tanya Ebit.

Berkaitan isu tak membalas WhatsApp dan proposal yang diberikan Nadir, Ustaz Ebit berkata, Nadir hanya memberikan quotation harga barang makanan dan kotak makanan yang bernilai 40 USD. Ia tiada kena mengena dengan details ingin masuk ke Gaza.

E6Wv P Uyaahkow

Malah dia juga berkata, tak semua WhatsApp berkaitan quotation akan dibalas teamnya termasuklah WhatsApp berkaitan Nadir ini.

 

Isu jalan-jalan di pyramid 

Sebelum ke Gaza, Ustaz Ebit perlu memberikan namanya ke pihak polis di Mesir sebelum menunggu kelulusan masuk ke Gaza. Jadi untuk mengisi masa itu, dia berjalan-jalan ke Mesir selama seminggu sementara dapat kelulusan barang masuk ke Gaza.

Isu berjalan ke Mesir ini juga ditegaskan tidak menggunakan wang NGO dan semuanya wang sendiri.

Image From Ios 1 2

 

Isu beli barang dari Mesir 

Ustaz Ebit menjelaskan bahawa kebanyakan ubat yang dibelinya tidak didapati di Gaza, oleh itulah dia membelinya di Mesir terlebih dahulu. Barang itu sebanyak dua treler serta dua buah lori banyaknya.

 

Isu biadap dengan Nadir ketika tiba di Gaza 

Menurut Ustaz Ebit, perjalanan masuk ke Gaza mengambil masa yang agak lama iaitu selama 21 jam dan diiringi oleh 12 kereta kebal.

Ustaz Ebit juga mengaku dia ada melihat video yang dimuat naik Nadir dan mengakui tidak perasan Nadir berasa di situ. Malah dia juga mengaku tidak pernah membuat live di mana-mana tempat termasuklah di Malaysia.

Menjawab persoalan mengapa biadap dalam memberi layanan terhadap team Nadir ketika tiba di Gaza, dia menjawab bahawa mereka dalam keadaan tergesa-gesa di Gaza kerana ada tiga hari saja di sana.

Malah dia juga mengakui tidak biadap dan tidak menolak pelawaan orang kalau ditegur atau memberi salam.

 

Isu tak ikut cara NGO lain dan menggunakan ‘Hala’ 

Menjawab persoalan tak mengikuti NGO lain dan terpaksa membayar ratusan ribu dengan mengikuti sebuah syarikat Hala, dia berkata kedutaan Malaysia ada memberitahu yang satu syarikat telah ditugaskan oleh ketenteraan Mesir di sana ialah Lucky Tour yang mengecaj 2,500 USD sekepala.

Jadi dalam erti kata lain ustaz telah membuka jalan mudah bagi memasuki Gaza. Malah dakwaan yang menyusahkan NGO juga disangkal Ebit Lew kerana ia dikatakan fitnah yang melampau dan zalim. Namun nak memasuki Gaza bukannya senang kerana perlu tunggu 33 hari untuk team ustaz masuk ke sana.

 

Isu tuduhan Caprice 

Caprice sebelum ini pernah menuduh bahawa Ustaz Ebit harus mencium kaki menteri semata-mata ingin memasuki Gaza. Namun perkara itu disangkal ustaz dan dikatakan fitnah semata-mata.

Bila disoal mengapa Ebit memilih untuk memblock Caprice, dia memberitahu yang Caprice seorang yang negatif dan teguran rapper itu juga terhadap ustaz yang melawat bapanya ketika tengah nazak membuatkan Ebit tersentuh. Walhal ustaz dibenarkan melawat kerana dia tidak menghidap COVID 19.

Ebit Lew Caprice3

Ustaz juga menegaskan jika ingin berkawan dengan seseorang, dia haruslah ikhlas jadi tidak perlu menyebarkan screenshot Whatsapp dan lain-lain kerana ia perkara peribadi.

Soal rakam pertemuan terakhir dengan ayahnya pula, Ebit menyifatkan ia adalah sebagai kenang-kenangan.

Sebenarnya ada banyak lagi yang diperkatakan Ustaz Ebit melalui sesi livenya tadi tetapi korang boleh saja mendengar sepenuhnya di Instagram Ebit Lew sendiri.

Harap ramai yang dah jelas dengan segala jawapan yang diberikan Ustaz Ebit. 

Baca: Persoalan Barang Sumbangan Ustaz Ebit Lew Terkandas di Kairo Akhirnya Terjawab, Sudah Masuk Palestin 2 Hari Lepas

Barang Uel Sampai Di Palestin

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.