in

Usahawan Tudung Ditikam 15 Kali, Tukang Jahit & Suami Direman 7 Hari

Kes Bunuh Usahawan

Akibat tak berpuas hati dengan agihan hasil keuntungan perniagaan, seorang wanita yang juga pengusaha tudung dan pakaian telah dibunuh oleh rakan perniagaannya dengan kejam di Kuala Berang, Terengganu.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 3 pagi, yang mana suspek berusia 35 tahun dikatakan telah melanggar mangsa sehingga tercampak ke dalam longkang dan menikam tubuh mangsa yang merupakan seorang warga emas sebanyak 15 kali sehingga maut.

Artikel berkaitan: Pembantu Klinik Didakwa Di Mahkamah Gara-gara Tuduhan Mahu Bunuh Muhyiddin Yassin

Artikel berkaitan: Dokumentari ‘Murder, Coffee and Jessica Wongso’ Dedah Pembunuh Mirna Tak Bersalah? Ini Kisahnya…

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan awal mendapati suspek dan rakan bisnes yang berusia 65 tahun telah bertengkar berkaitan perniagaan mereka semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Wakaf Tapai, Marang.

Whatsapp Image 2023 11 01 At 4.25.10 Pm

Mangsa kemudiannya bertindak keluar dari kereta Honda Jazz dinaiki mereka sebelum suspek yang memandu nekad melanggarnya.

“Impak perlanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang yang terletak di tepi jalan,” katanya dalam satu sidang akhbar semalam.

Suspek kemudian telah bertindak kejam dengan menikam mangsa bertubi-tubi dalam keadaan mangsa tertiarap dalam longkang.

Bagai tiada apa-apa terjadi, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan mangsa dan kenderaan sebelum menumpang sebuah kereta lain yang kebetulan lalu di tempat kejadian.

Tukang jahit dan suami direman 

Menerusi laporan terkini, tukang jahit yang juga peniaga serta suaminya yang bekerja sebagai mekanik telah direman selama 7 hari bermula hari ini sehingga 8 November di Mahkamah Majistret Marang bagi membantu siasatan kes bunuh warga emas, Norjihan S.A. Karim.

Oswnynwm Cms 768X403 1

Suspek yang berusia 35 dan 37 tahun itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret pagi tadi dan telah dibenarkan untuk perintah reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Buletin TV3, jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh di Kemaman, jam 12.15 tengah malam tadi.

Sumber: Buletin TV3, Kosmo

Sumber: Kosmo
Sumber: Buletin TV3