in

Dokumentari ‘Murder, Coffee and Jessica Wongso’ Dedah Pembunuh Mirna Tak Bersalah? Ini Kisahnya…

Collagefeat

Korang masih ingat lagi tak tentang kes pembunuhan Mirna Salihin yang dikatakan telah dibunuh oleh rakan baiknya sendiri Jessica Wongso selepas wanita ini dikatakan telah meracun kopinya dengan menggunakan racun sianida ketika minum di sebuah kafe.

Kalau korang nak tahu, baru-baru ni Netflix telah keluarkan satu dokumentari bertajuk Ice Cold: Murder, Coffee, dan Jessica Wongso di mana ia telah membuat penilaian mengenai kes ini serta pemerhatian di atas karakter dan personaliti Jessica.

Mv5Bnzq5Ngizzmytmjyyys00Yjyylwe0Mwetmzy1Mzq4Mtu3Mja4Xkeyxkfqcgdeqxvymtezmti1Mjk3. V1 Fmjpg Ux1000

Artikel berkaitan: Pembunuhan Wayan Mirna Salihin: Diracun Kawan Baik Sendiri, Mangsa Maut Terminum Sianida Dalam Kopi Ais Vietnam Semasa Lepak di Kafe

Artikel berkaitan: Bekas Isteri Polis Thailand Ditahan, Bunuh 12 Rakan Dengan Racun Sianida

Tak cukup dengan itu, dokumentari ini juga turut menunjukkan seperti Jessica telah dianiaya ekoran sistem perundangan yang dilihat seperti berat sebelah. Pun begitu, ia juga turut menyelitkan beberapa elemen mengenai sikap Jessica yang turut menimbulkan banyak persoalan mengenainya.

Lepas menonton dokumentari ini, ia akan buat korang tertanya-tanya betul ke Jessica Wongso bertanggungjawab atas pembunuhan Mirna Salihin ni? Kalau korang nak tahu lebih mendalam mengenai kes ini, jom baca artikel dekat bawah ni.

Kenapa Jessica Wongso ditahan?

Dilahirkan di Indonesia, Jessica dan Mirna merupakan dua rakan baik yang sama-sama menamatkan pengajian di sebuah kolej di Sydney. Pun begitu, selepas habis belajar, Mirna telah pulang ke Indonesia dan berkahwin sementara Jessica telah bekerja di Sydney, Australia.

Efe50A87E951C9D4497F00F82D893Cff

Apabila Jessica Wongso kembali ke Indonesia dan bertemu dengan rakan baiknya Mirna, dia memang tak terfikir langsung dia tak akan kembali semua ke Sydney untuk sambung bekerja.

Ini kerana, ketika Jessica dan Mirna pergi ke sebuah kafe yang menghidangkan kopi Vietnam, satu tragedi telah berlaku. Selepas minum seteguk kopi, Mirna tiba-tiba jatuh ke lantai dan mengalami sawan yang teruk sehingga meragut nyawanya.

Siasatan terus dijalankan untuk mengetahui punca kematian Mirna dan pihak berkuasa menemui kopi yang diminum oleh wanita tersebut mengandungi racun sianida.

Apa yang mencurigakan, pihak polis telah menjadikan Jessica sebagai suspek utama tanpa membuat bedah siasat ke atas mayat Mirna dan hanya mengambil cecair dari perut yang menunjukkan terdapat sebanyak 0.2mg kandungan sianida di dalam darahnya dan sekaligus menetapkan punca kematiannya sebagai diracun.

Penahanan Jessica sebagai suspek utama ini juga turut disebabkan oleh rakaman CCTV dari kafe tersebut menunjukkan tindakan wanita ini ketika hari kejadian. Penyiasat melihat Jessica telah tiba awal ke kafe tersebut, kemudiannya meninjau sekitar kawasan kafe sebelum terus memesan kopi untuk dirinya membuatkan mereka mengatakan Jessica telah meracun kopi tersebut sebelum Mirna tiba di kafe.

Tak cukup dengan itu, Jessica turut meletakkan beg tangannya di hadapan cawan kopi seperti menunjukkan dia sengaja menyorokkan cawan tersebut untuk meletakkan racun yang telah meragut nyawa Mirna.

Jessica telah ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh Mirna. Namun dakwaan ke atasnya hanya bergantung kepada dos sianida yang ditemui dalam darah Mirna dan siasatan lanjut tak dijalankan untuk mengetahui motif disebalik pembunuhan tersebut.

Karakter Jessica Wongso

1417485Img 91781780X390 1

Jessica mempunyai sejarah masalah kesihatan mental dan pernah berkelakuan ganas terhadap rakan sekerjanya di Sydney. Malah, wanita ini juga turut pernah kemalangan selepas memandu di bawah pengaruh alkohol dan cuba untuk membunuh diri beberapa kali.

Walaupun mempunyai sejarah masalah mental yang kronik, biasanya ia tak cukup untuk membuktikan bahawa seseorang itu mampu untuk membunuh orang. Namun begitu, mahkamah dan pihak pendakwa raya di sana seperti mempunyai objektif utama iaitu mahu menyumbat Jessica ke dalam penjara.

Ini dapat dilihat kerana walaupun peguam yang mewakili Jessica, Otto Hasibuan dapat membuktikan pada mahkamah bahawa kandungan sianida sebanyak 0.2mg tak cukup untuk membunuh seseorang, mahkamah tidak memberi kebenaran agar siasatan lanjut dijalankan bagi benar-benar mengetahui punca sebenar kematian Mirna.

Dokumentari ini juga turut menunjukkan bahawa sistem perundangan di sana hanya fokus untuk menggambarkan Jessica sebagai pesalah.

Kalau korang tengok muka Jessica, memang tak nampak macam dia seorang pembunuh kejam. Pun begitu, ada beberapa perkara yang nampak macam tak kena dengan gaya tubuhnya.

Contohnya, ketika Mirna terjatuh dan sawan, orang ramai telah berkumpul mengelilinginya tapi Jessica dilihat hanya kekal berdiri agak jauh. Walaupun tindakannya ini boleh dianggap sebagai seorang yang terkejut dan tak boleh nak berfikir dengan waras ketika berada dalam situasi yang cemas, Jessica juga turut dilihat tenang semasa dia ditahan dan dibicarakan seperti tak ada apa yang berlaku.

Jessica juga turut dilihat tersenyum dan sempat gelak ketika dia dikejar oleh media atau bila bercakap di depan hakim semasa di dalam mahkamah. Dalam dokumentari juga turut menunjukkan sikap Jessica seperti orang tak ada perasaan lebih-lebih lagi oleh bapa Mirna, Darmawan Salihin yang percaya Jessica merupakan seorang psikopat yang menyimpan dendam terhadap anaknya dan turut tidak menunjukkan rasa simpati.

2608614323Jpg 20221203073515

Ketika perbicaraan ini juga, laporan mengenai tindakan ganasnya terhadap bekas teman lelakinya turut disebut. Malah, pihak pendakwa raya turut membuat spekulasi bahawa Jessica cemburu dengan Mirna kerana dia mempunyai hubungan sulit dengan suami rakan baiknya itu.

Namun begitu, Jessica menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan ia hanyalah pertuduhan tanpa asas. Sepanjang perbicaraan, ekspresi muka Jessica berterusan menjadi topik utama di mana pihak pendakwa raya turut memberi komen mengenai pergerakan kening, mata dan bibirnya untuk membaca karakternya serta memanggilnya sebagai seorang dalang yang jahat.

Akhirnya, mahkamah memutuskan bahawa Jessica bersalah atas pembunuhan Mirna dan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun. Ketika pertuduhan dibacakan, Jessica masih kekal tenang dan tidak menitiskan air mata.

Namun begitu, peguamnya Otto memberitahu penerbit dokumentari bahawa Jessica telah menangis sejurus selepas dia meninggalkan mahkamah. Jessica juga turut cuba untuk menceritakan pengalamannya tentang kes ini namun tak berkesempatan selepas pihak polis mengganngu sesi temubual tersebut menyebabkan dia terpaksa berhenti bercakap.

Mana Jessica sekarang?

Jessica Wongso masih menjalani hukuman penjaranya. Dia telah beberapa kali cuba untuk membuat rayuan supaya dibebaskan namun rayuannya ini ditolak setiap kali. Dia kini sedang menulis diari dan merekodkan mengenai insiden tragik yang melanda dirinya.

Yang pasti, walaupun selepas melihat dokumentari ini dan kita yakin bahawa Jessica memang pembunuh sebenar, kita masih tak tahu apa motif disebalik pembunuhan tersebut dan kes ini mungkin mempunyai penghujung yang berlainan sekiranya siasatan yang lebih adil dibuat.

Sumber: Film Fugitives