in

Upscrolled Pesaing Baru TikTok? Ini Sebab Kenapa Ramai Mula Beralih Ke Aplikasi Baru Ini

Featured Lm 97

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, aplikasi TikTok di Amerika Syarikat telah menukar struktur pemilikan daripada milik penuh syarikat China iaitu ByteDance kepada entiti baharu yang dikenali sebagai TikTok USDS Joint Venture LLC. Perubahan ini dibuat bagi memastikan operasi TikTok di Amerika Syarikat dapat diteruskan tanpa berdepan risiko pengharaman.

Dalam pada masa yang sama, kemunculan platform media sosial baharu seperti UpScrolled mula menarik perhatian sebagai alternatif TikTok. Kehadirannya mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna dan pencipta kandungan yang semakin peka dengan isu kawalan algoritma dan kebebasan kandungan dalam kebanyakan platform media sosial yang besar.


Tapi, aplikasi apa sebenarnya Upscrolled ini sehinggakan ramai ingin beralih daripada TikTok?

Artikel Berkaitan: “Jangan petik separuh” – Dikecam Kerana Isu LGBT, Menteri Agama Ajak Netizen Dengar Ulasan Penuh – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: “Bikin malu!” – Dua Lelaki Indonesia Dikecam, Main Padel Dekat Kawasan Perkuburan Di Jepun – Lobak Merah

Apa itu UpScrolled? 

Upscrolled

Upscrolled merupakan sebuah platform media sosial yang dilancarkan pada bulan Jun tahun lepas dan diasaskan oleh pakar teknologi berketurunan Palestin, Issam Hijazi. Platform ini dibangunkan dengan matlamat untuk memberi peluang saksama kepada semua pengguna untuk berkongsi pandangan tanpa risiko berat sebelah algoritma atau shadowbanning.

Menurut pihak syarikat, UpScrolled tidak mempromosikan sebarang agenda tertentu dan hanya menyekat kandungan yang melanggar garis panduan seperti aktiviti haram, ucapan yang berunsur kebencian, kandungan lucah serta pelanggaran hak cipta. Pengguna juga akan dimaklumkan sekiranya kandungan atau akaun mereka dikenakan tindakan.

Apa kandungan Upscrolled? 

Screenshot 2026 01 29 122423

Dari segi paparan kandungan, UpScrolled menawarkan dua jenis feed iaitu Following Feed dan Discover Feed. Following Feed ini dikatakan akan memaparkan kandungan daripada akaun yang diikuti pengguna dan disusun secara kronologi, manakala Discover Feed pula memaparkan kandungan daripada pengguna lain berdasarkan tahap interaksi seperti tanda suka, komen dan perkongsian.

Susunan kronologi dalam aplikasi ini bermaksud kandungan yang dipaparkan mengikut urutan masa tanpa sebarang manipulasi algoritma. Kandungan dalam Discover Feed ini akan disusun berdasarkan populariti serta elemen rawak bagi memberi peluang kepada kandungan baharu untuk muncul dalam aplikasi supaya ianya adil dan dapat dilihat semua pengguna.

Terbuka untuk semua 

People Playing

Meskipun idea asal penghasilan aplikasi ini dipicu oleh isu politik dan sosial tertentu, kejayaan UpScrolled tidak bermakna ianya hanya untuk satu tujuan komuniti saja. Sebaliknya, ia dicipta untuk semua pengguna tanpa mengira latar belakang sesebuah komuniti itu.

Platform ini sangat menekankan bagaimana pengguna dari seluruh dunia memanfaatkannya untuk membina hubungan sosial yang positif dan bermakna. Jadi dengan itu, barulah setiap pengguna boleh memiliki ruang untuk berkongsi pandangan serta berinteraksi secara bebas.

Ramai mula muat turun aplikasi ini 

Upscrolled Trending

Kebangkitan UpScrolled ini berlaku dengan sangat pantas apabila ia tersenarai sebagai antara aplikasi yang paling banyak dimuat turun di App Store di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, malah berada di kedudukan teratas di beberapa negara lain.

Lonjakan pengguna baharu yang mendadak telah menyebabkan aplikasi tersebut tidak mampu untuk menampung trafik yang terlalu ramai, bahkan operasi terpaksa dihentikan sementara bagi tujuan penambahbaikan kapasiti.

Upscrolled tidak dibina di bawah pengaruh besar 

Issam Hijazi

Issam Hijazi turut menegaskan bahawa aplikasi ini dibina dan dibiayai sepenuhnya oleh dirinya sendiri tanpa menerima sebarang pembiayaan daripada mana-mana pemodal mahupun syarikat teknologi berpengaruh besar.

Keadaan ini memberikan kebebasan kepada platform tersebut untuk beroperasi tanpa terikat kepada sebarang agenda komersial atau politik tertentu.

Beliau menyifatkan UpScrolled ini cumalah satu usaha untuk kembali kepada asas sebenar media sosial iaitu ruang buat semua orang boleh berhubung, berkongsi dan menyuarakan pandangan tanpa rasa takut kandungan mereka berpotensi disekat secara senyap.

Berjuang demi kebebasan bersuara

Social Media Free

Usaha yang dilakukan oleh Issam Hijazi melalui penghasilan UpScrolled ini boleh dilihat sebagai satu bentuk jihad dalam era digital, iaitu beliau berjuang untuk menegakkan kebenaran dan memberi ruang kepada suara-suara yang ingin didengari.

Disebabkan platform ini bukan di bawah naungan kuasa besar, ia memudahkan orang untuk berkongsi maklumat serta pandangan kemanusiaan tanpa perlu rasa takut kandungan mereka disekat tanpa sebab yang jelas.

Dalam Islam, menyampaikan kebenaran adalah satu amanah yang sangat besar. Rasulullah SAW pernah bersabda:

Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Jadi secara tak langsung, usaha beliau diibaratkan sebagai satu ruang untuk memastikan lisan itu terus hidup.

Dan kalau kita fikir-fikirkan, keadilan dan kebenaran hanya boleh ditegakkan apabila suara yang benar dapat disampaikan dan didengari.

Jadi dalam konteks ini, tindakan Issam Hijazi bukan semata-mata untuk mencipta sebuah aplikasi, tetapi turut menyumbang kepada perjuangan dalam menegakkan kebenaran yang selari dengan semangat Islam dalam menjaga amanah dan menyebarkan keadilan.

Sumber: Forbes, Waktu Solat, Amanz, Life Hacker

Sumber: UpScrolled
Sumber: UpScrolled
Sumber: Adobe
Sumber: X
Sumber: Websummit
Sumber: Magazine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.