in

“Untungnya siapa yang dapat buka puasa kat sana” -[VIDEO] Individu Kongsi Situasi Berbuka Puasa Di Depan Kaabah

Kaabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga ke hari ini kerajaan Arab Saudi masih menyekat kemasukan orang luar untuk masuk ke Masjidil Haram bagi mengelakkan wabak Covid-19 semakin menular di seluruh dunia. Hal ini disebabkan Masjidil Haram menjadi tempat utama pusat ibadah bagi umat Islam untuk mengerjakan haji dan umrah.


Hanya kakitangan dan pekerja-pekerja sahaja dibenarkan untuk berada di kawasan Masjidil Haram. Baru-baru ini satu perkongsian video di Instagram mampu menyejukkan hati umat Islam yang sangat merindukan Kaabah.

Dalam video tersebut memaparkan seorang individu merakam situasi di hadapan Kaabah ketika sedang berbuka puasa dengan berlatarbelakangkan seruan azan. Betapa beruntungnya individu ini berpeluang untuk berbuka puasa di hadapan Kaabah tanpa dibanjiri dengan ramai orang.

“Beberapa orang sangat bernasib baik berpeluang untuk berbuka puasa di hadapan Ka’abah”

Kebiasaannya sebelum ini, masjid akan penuh pada bulan Ramadhan dengan ribuan kurma dan secawan air untuk diagihkan kepada orang yang sedang berbuka puasa.

Rata-rata netizen juga turut bersyukur dan berharap agar dapat menjejakkan lagi ke Tanah Suci itu selepas wabak ini berakhir.

Ig1

Alhamdulillah

Ig2

Ig3

Blessed to see this view

Ig4

Semoga kita dapat beribadah lagi dekat sini. Aminn…

Baca : “Masya Allah hebat kuasa Tuhan” – Netizen Terkedu Lihat Sekumpulan Burung ‘Tawaf’ Keliling Kaabah 

Kaabah

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.