Umum sedia maklum yang tempat keramaian dan keagamaan seluruh dunia ditutup sementara bagi membendung penularan wabak covid-19. Mekah, Tanah Suci untuk orang Islam juga tidak terkecuali.
Baru-baru ini, viral di media sosial gambar Kaabah di Mekah kosong dan tiada orang yang bertawaf mengelilinginya. Walaupun manusia dilarang untuk tawaf berdekatan Kaabah buat masa ini, kawasan lainnya masih boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Begitu juga dengan ruang udara disana.
Menerusi akaun Twitter @potteraFARHAN, dia ada berkongsi satu video dimana sekumpulan burung ‘tawaf’ di Kaabah. Kalau korang tak percaya, cuba tengok video kat bawah ni.
https://twitter.com/potteraFARHAN/status/1238328410515968000
Masya Allah, hebat kuasa Tuhan
Walaupun bukan tawaf seperti manusia, tapi admin tengok video tu, terkesan gak di hati. Betapa hebatnya kuasa Tuhan untuk tunjuk kat kita mahkluk lain pun turut beribadat dengan cara masing-masing.
Betul, tawaf masih berjalan seperti biasa, Cuma ruangan yang berdekatan Kaabah tu je ditutup sementara. Janganla panik sangat ye.
Maha Suci Allah. Dia mampu menunjukkan kuasanya dalam apa keadaan sekalipun. Admin pun terkedu time tengok video tu tadi.
Betul, banyak perkara yang menunjukkan kuasa Tuhan berlaku kat sana. Kalau ada rezeki tu memang nak sangat pergi lagi. Tunggu lah lepasa reda sikit Covid-19 ni.
Baca: “Sedarlah dengan jentikan dari langit ini”- [FOTO] Masjidil Haram ‘Dikosongkan’ Kerana Covid-19