in

Unik, Jepun Guna 5 Design Sticker Ini Di Kereta Untuk Label Pemandu

Kj13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jepun sememangnya dikenali dengan sifat mementingkan kesempurnaan. Mereka dibiasakan untuk tidak menyusahkan orang lain.


Sifat mereka yang inilah yang mendorong penciptaan dan pemakaian pelekat ini di kenderaan untuk menandakan pemandu tersebut mempunyai ‘masalah’ tertentu.

Ini adalah 5 pelekat yang digunakan di kenderaan di Jepun!

 

Wakaba / Shoshinsa 

Kj1

Pernah tengok?

Pemandu di Jepun perlu lekatkan sticker wakaba di kereta setelah dapat lesen selama setahun. Fungsinya sama seperti pelekat lesen P di negara kita.

Wakaba bermaksud daun hijau (menandakan masih baru) manakala shoshinsa bermaksud ‘baru belajar’.

Sebenarnya, semua pemandu kenderaan lain juga memakai pelekat ni tak kiralah kereta, motosikal, lori, mahupun van jika usia lesen mereka tak sampai setahun.

Tambahan : Simbol ini juga digunakan dalam animasi Keroro Gunso sebagai simbol di perut watak Tamama.

 

Koreisha

Korang pernah tak masa memandu, kenderaan depan bawa perlahan?

Jadi, korang buat keputusan untuk memotong semata-mata untuk lihat siapakah gerangan pemandu tersebut sambil memaki di dalam hati, tinggal luah di mulut saja.

Tengok-tengok pemandu tu warga emas, terus simpan niat nak marah sambil rasa bersalah. Kalau tak rasa gitu min tak tau lah, mungkin korang ada masalah hehe.

Jadi, pelekat ini dihasilkan sebagai penanda pemandu adalah warga emas.

Kj5

Sebenarnya pelekat ini baru lagi diguna pakai, mula tahun 1997.

Lambang sebelah kiri tu adalah simbol yang awal-awal digunakan. Tapi ditukar pada tahun 2011 kerana ianya dikhuatiri mengecilkan hati pemandu warga emas kerana idea simbol yang lama adalah daun musim luruh.

Musim luruh, daun kering/tua, kubur memanggil gitu…

Pemandu berusia 75 tahun ke atas wajib pakai sticker ni.

 

Shinta Shougai

Kj11

Berbeza dengan negara-negara lain yang menggunakan simbol individu duduk di atas kerusi roda, Jepun menggunakan simbol bunga terbalik sebagai penanda pemandu yang sedang memandu itu adalah orang kekurangan upaya anggota badan.

Ramai berpendapat yang Jepun sengaja memilih simbol ini bagi menjaga sensitiviti individu kurang upaya, kerana gambaran seseorang terpaksa duduk di atas kerusi roda mungkin akan membuatkan mereka yang terkesan terasa hati.

Lagipun, bukan semua pemandu OKU memerlukan dia duduk di kerusi roda. Jadi untuk membawa tanda yang lebih universal, kerajaan Jepun memilih tanda ini.

 

Choukaku Shougai

Shougai juga? Ya simbol ini juga dipakai untuk menandakan bahawa pemandu tersebut adalah orang kurang upaya, cuma bezanya, ia digunakan untuk OKU masalah pendengaran.

Kj10

Logo rama-rama dipilih untuk menggantikan logo telinga yang biasa digunakan oleh negara-negara lain.

Pemandu lain tak dibenarkan untuk memotong secara tiba-tiba bagi mengelakkan pemandu kurang upaya pendengaran ini dari terkejut sehingga berkemungkinan mengakibatkan kemalangan.

Pelekat ini sangat membantu pemandu lain untuk mengenalpasti kenderaan yang tak boleh dengar bunyi hon kereta lain, siren, dan lintasan kereta api.

 

Sedang belajar

Bagi yang sedang belajar dan belum mendapatkan lesen, tanda ini yang perlu dipakai. Pendekatan ini sama saja dengan negara-negara lain. Bezanya mungkin, yang min nampak adalah pelekatnya lebih besar.

Kj12

Tanda ini mempunyai amaran terperinci dalam bentuk teks seperti ‘hati-hati kereta boleh berhenti mengejut’, ‘lesen sementara’, dan ‘sedang belajar’.

Lebih kurang saja macam masa korang ambil lesen L, tapi sini lain sikit pendekatan segelintir pemandu. Nampak L lagi seronok dorang kacau…

 

Info tambahan : Kesemua pelekat ini perlu dilekatkan di kedua-dua bahagian kereta iaitu di bahagian depan dan juga di belakang seperti ini,

Kj7

Min rasa, elok juga kalau Malaysia buat sticker khas macam ni. Lagi teratur dan sangat membantu pemandu.

 

Sumber : iluminasi

 

Baca : “Jepun ada budaya buruk ke?” – Ini 5 Budaya Jepun Yang Pelik Dan Tak Patut Kita Ikut

Kj6

Sumber: carthrottle
Sumber: Google
Sumber: Google
Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.