Baru-baru ini, penyanyi Azmi Saat mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sebuah hantaran di media sosial mengenai pengalamannya menginap di sebuah resort di Port Dickson.
Dalam hantaran itu, Azmi berseloroh mahu meminta bayaran balik kerana bilik yang ditempah menjanjikan pemandangan laut daripada balkoni, tidak dapat dilihatnya.

Susulan perkongsian tersebut tular, vokalis kumpulan Caliph Buskers itu sebenarnya mahu membalas komen namun media sosial berkenaan didapati kurang mesra untuk pengguna OKU penglihatan.
Justeru, Azmi memuat naik sebuah video berkongsi cara bagaimana golongan OKU penglihatan sepertinya menggunakan media sosial.
Katanya, orang buta juga boleh berhubung dengan dunia luar menerusi fungsi aksesibiliti yang tersedia dalam telefon pintar mereka.
Artikel berkaitan: “Susah saya dan suami ajar” – Ibu Bapa OKU Kongsi ‘Struggle’ Ajar Anak Normal Buat Kerja Sekolah Undang Sebak Netizen
Artikel berkaitan: “Takdelah marah…” – Nama Bapa Dibuat Main, Azmi Saat Terima Permohonan Maaf Jihan Muse
“Rupanya masih ramai yang tak tahu orang buta ini boleh gunakan telefon sebab setiap kali saya buat perkongsian di media sosial, ramai tanya macam mana saya menaip.
“Ada juga yang tertanya-tanya saya boleh baca ke setiap komen. Ramai rupanya masih tak tahu.
“Sebenarnya kami menggunakan aksesibiliti yang ada di telefon pintar. Masuk di settings, on kan voice over nanti setiap tulisan akan dibacakan. Apa saja yang korang tulis, komen, berapa yang like semua saya boleh tahu,” katanya.
View this post on Instagram
Mengulas lanjut, Azmi berharap perkongsiannya itu dapat membuka mata masyarakat mengenai kehidupan dan cabaran sebenar yang dihadapi golongan OKU penglihatan ketika menggunakan teknologi moden.
“Punyalah dahsyat Threads tak mesra orang buta bila saya nak balas komen orang, sampai tak jumpa butang untuk post komen.
“Voice over tak boleh baca butangnya, jadi saya lebih aktif di Facebook berbanding media sosial lain,” ujar Azmi.
Sumber: Instagram
