in

Unik Habis! Majlis Kahwin Di Indonesia Ini Jemput ‘Raksasa’, Siap Ada Bom Asap Kuning Lagi

F4 Kostum Raksasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini kami pernah kongsikan dengan anda tentang majlis perkahwinan yang bertemakan Doraemon, kali ini kami nak kongsikan pula dengan anda tentang sebuah majlis kahwin yang menjemput ‘raksasa’ untuk mengiringi pengantin.


Video majlis kahwin unik itu pada mulanya telah dikongsikan di TikTok menerusi akaun sanggariasmehrunisa dan kemudiannya telah dimuat naik semula di Twitter oleh netizen baru-baru ini.

Dalam video terbabit, dapat dilihat pasangan pengantin itu telah diiringi oleh sekumpulan individu yang memakai kostum raksasa ketika sedang berarak. Kebanyakan raksasa itu juga mempunyai tanduk, dah macam dalam cerita Ultraman dah ni. 

Kostume Raksasa 2

Kostume Raksasa 4

Selain itu, bom asap kuning turut dilepaskan ketika majlis berlangsung. Majlis itu dipercayai berlaku di Indonesia baru-baru ini dan nampak dalam video tu yang kehadiran raksasa tu seperti telah memeriahkan lagi majlis tersebut.

Rata-rata netizen pula berpendapat tema tersebut unik namun dalam masa yang sama ada juga yang kata ia mungkin boleh menakutkan tetamu terutamanya kanak-kanak.

Apa pendapat korang? Tapi kalau pengantin sendiri yang request nak tema macam ni, rasanya okay je dan tak ada masalah pun sebab bila lagi nak jadi raja sehari kan. 

Baca: “Covid lagi bahaya dari raksasa”- [VIDEO] Aksi Individu Pakai Kostum ‘Ultraman’ Masa Cucuk Vaksin, Jadi Tumpuan Warganet 

Kostume Raksasa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.