Jodoh dan juga pasangan hidup ini merupakan rahsia Allah SWT yang tak dapat dijangka siapakah orangnya dan bilakah insan terpilih ini akan muncul dalam kehidupan. Kira macam teka-teki lah senang kata…
Oleh sebab itu, orang tua-tua pun selalu pesan jangan kerap menolak orang yang datang meluahkan perasaan kerana boleh jadi dia sebenarnya adalah jodoh yang telah ditetapkan olehNya.
Macam satu perkongsian di Tiktok menerusi @its_mayo, dia menceritakan tentang kisah perjalanan dirinya bersama suami sebelum mendirikan rumah tangga.
@its_mayso Lelaki yang berumur lebih hot.. 🥰🥰🥰
Apa yang mengejutkan orang ramai adalah perbezaan umur mereka berdua yang sejauh 18 tahun dan mendirikan rumah tangga selepas tiga tahun berkenalan walaupun wanita ini telah menolak cinta lelaki tersebut berkali-kali.
“Mesti akan ada yang perli”
Walaupun mereka telah selamat mendirikan rumah tangga, wanita ini tidak dapat menafikan bahawa dirinya sering menerima perlian dari orang sekeliling setiap kali berkongsikan gambar atau video bersama suami.
“Kalau up story dating ke apa, mesti ramai akan tanya, keluar dengan ayah ke tu?” – Tulis wanita itu
Tak ambil peduli dengan mulut orang, wanita ini mendedahkan bahawa dirinya bahagia bersama suami dan meminta agar orang ramai turut mendoakan supaya jodoh mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sementara itu, ramai di bahagian komen mengatakan bahawa usia bukanlah penghalang untuk bahagia bersama dengan yang tersayang dan meminta untuk pasangan itu meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.
Steady akak ni! Tak salah kalau pasangan terlampau tua ataupun muda, yang penting dapat jaga kita tu pun dah cukup baik… Hehehe…
Baca: [VIDEO] Wanita ‘Selamba Badak’; Lalu Tengah Majlis Perkahwinan Orang Pakai Motor