in

“Umur 12 tahun dah jadi penganjur” – Anjur Pesta Dadah 3 Hari 2 Malam, Remaja 12 Tahun Ditahan Polis

12T

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Orang lain sibuk ambil keputusan UPSR, kau pulak sibuk jadi penganjur pesta dadah!” 


Ya, itulah yang terjadi kepada seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang ditahan polis kerana menjadi dalang penganjuran pesta liar dadah di kondominium mewah.

Lebih mengejutkan, remaja berkenaan juga didakwa menyewa dua unit kondominium di Jalan Ampang, bagi mengadakan pesta liar selama tiga hari dua malam dengan seorang lagi rakannya berusia 17 tahun.

Remaja berusia 12 tahun itu berasal dari Batu Caves, Selangor, tidak lagi bersekolah, manakala remaja berusia 17 tahun dari Sabak Bernam, Selangor, adalah peniaga pasar tani.

Memetik laporan Harian Metro,  kegiatan itu disertai 48 individu lain – dalam kalangan kenalan mereka yang dijemput menerusi WhatsApp tanpa yuran penyertaan.

Menurut sumber, serbuan yang dilakukan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju itu telah 27 lelaki dan sembilan perempuan tempatan yang didapati dalam keadaan khayal akibat dadah.

Screen Shot 2019 11 23 At 10.11.45 Am
Sumber: harian metro

“Daripada jumlah itu, enam lelaki dan lapan perempuan ditahan adalah remaja bawah umur.

“Pemeriksaan pada meja di ruang tamu menemui sepeket plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki ketamin. Turut ditemui pil Eramin 5 dan pelbagai pil disyaki dadah ekstasi,” katanya.

Manakala hasil serbuan kedua, polis menahan 12 individu membabitkan lapan lelaki dan empat perempuan yang turut menyertai pesta liar.

“Siasatan mendapati dalang atur acara pesta liar itu menyewa satu unit kediaman dengan bayaran RM330, manakala satu lagi kumpulan menyewa RM230 sehari. Bagaimanapun tiada bayaran khas dikenakan ke atas peserta lain.

Menurutnya, semua suspek direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 30 (3), Seksyen 12(2) ADB dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca: “Makan duit haram” – ‘Instafamous’ Hidup Mewah Hasil Samun Ditangkap, Rompak Barangan Mewah dan Terlibat Dadah!

Screen Shot 2019 11 23 At 11.06.24 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.