in

“Tutup mall dgn club sekali” – JAKIM Cadang Masjid Tutup, HENTI Semua Aktiviti Termasuk Solat Jemaah & Jumaat Untuk 10 Hari

Masjid Off

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas sesi perbincangan khas bersama dengan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), JAKIM bersetuju mencadangkan agar masjid ditutup.


Unnamed

Menurut Dr Maza di Instagram, masjid-masjid itu disarankan agar menghentikan semua aktiviti termasuklah solat jemaah dan solat Jumaat selama 10 hari.

Penamatan mahu pun perlanjutan tempoh selepas itu akan dimaklumkan semula berdasarkan taklimat daripada pihak KKM. Dr Maza juga memberitahu bahawa pengumuman rasmi tentang isu ini akan dibuat tidak lama nanti.

Masjid3

Melalui ruangan komen ramai yang memberi pendapat dan bersetuju dengan keputusan masjid ditutup. Bagaimanapun, mereka juga berharap kawasan-kawasan lain yang padat juga akan ditutup seperti sekolah, pusat hiburan, pusat membeli belah, universiti, pasar raya dan restoran.

“Sila tutup shopping complex juga.”

“Alhamdulillah, semoga tidak terlambat.”

“Tutup dulu universiti, kolej, sekolah dan lain tempat gathering.”

Ada juga yang persoal mengapa aktiviti masjid dihentikan tetapi  pusat hiburan dan kelab malam beroperasi seperti biasa. Dr Maza telah memberikan penjelasan di Instagram, baca di bawah ini:

View this post on Instagram

Tidak Cukup Pandai.. Ada orang berkata: "Kalau aktiviti di masjid semua nak ditangguhkan sebab COVID 19, kenapa kelab malam dan pusat hiburan Mufti tidak beri arahan tangguh?" Saya bertanya: "Sebagai muslim, apakah saudara pengunjung kelab malam sehingga perlukan arahan supaya jangan kunjung pada masa ini? Apakah jika tiada virus maka saudara pengunjung tegar kelab malam? Apakah saudara mahu dikeluarkan arahan 'jangan kunjung kelab malam pada masa ini? Ertinya, selepas ini boleh? Dangkal… Kelab malam dan pusat hiburan ada bidang kuasa pihak yang lain. Di Perlis alhamdulillah tiada kelab malam. Adapun, hukum datang ke masjid itu antara wajib dan sunat. Umat Islam mengunjungi masjid atas titah perintah agama. Jika mahu menahan kehadiran mereka ke masjid atas menjaga kemaslahatan dan pencegahan kemafsadatan (kebinasaan) memerlukan alasan dan penjelasan agama. Oleh kerana itu, pihak berkuasa agama perlu bersidang dan merumuskan pandangan hukum. Tempat-tempat lain semuanya telah Pihak Kerajaan arahkan menangguh segala perhimpunan sehingga hujung Bulan April. Maka wajib taat kepada pemerintah dalam hal seperti itu. Adapun pentadbiran institusi agama di bawah pihak berkuasa agama setiap negeri. Bagi tujuan memelihara keselamatan Umat Islam, hampir seluruh dunia telah mengeluarkan fatwa menghentikan Solat Jemaah dan Solat Jumaat. Anda mungkin ketinggalan pengetahuan. Kita mungkin jujur memberikan pendapat tapi kena berfikir dahulu sebelum mengeluarkan pandangan. Kita mungkin ingin menzahirkan kepandaian tapi jangan sampai kelihatan sangat 'tidak pandai'…

A post shared by Dr MAZA (@drmaza_official) on

 

Terdahulu, Perlis menjadi negeri pertama yang membatalkan solat Jumaat di masjid iaitu pada minggu lalu selepas mendapat kata putus daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu Negeri Perlis (MAIPs) serta diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Baca: “Dah kenapa sampai nak tutup masjid?” – Perlis Negeri Pertama Batal Solat Jumaat & Ganti Solat Zohor Buat Netizen Berbalah

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.