in ,

“Dah kenapa sampai nak tutup masjid?” – Perlis Negeri Pertama Batal Solat Jumaat & Ganti Solat Zohor Buat Netizen Berbalah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pagi tadi, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail telah menitahkan solat Jumaat hari ini digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing atas sebab penularan wabak Covid-19.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), baginda membuat keputusan ini selepas mendapat pandangan dan nasihat dari KKM.

Pihak kementerian meminta agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuklah aktiviti agama hendaklah dielakkan.”

Baginda turut mengingatkan orang-orang Islam untuk sentiasa ambil langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak ini.

Ekoran dari pengumuman ini, ramai netizen telah memberikan pendapat mereka tentang situasi ini. Ada di antara mereka yang tak bersetuju dengan arahan ini kerana belum ada kes yang serius di negeri itu namun ada juga yang bersetuju kerana ini adalah salah satu langkah bagi membendung penularan wabak yang boleh membawa maut ini.

Baca: “Khutbah dipendekkan” – COVID-19: Menteri Agama Keluarkan Garis Panduan Khusus Untuk Hadiri Solat Jumaat

Sumber: MAIPs
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: