in

“Turun 4 ke 5kg!” – Chef Wan Kongsi Tips Kuruskan Badan, Makan 3 Biji Telur Rebus Setiap Malam

Kurus Makan Telur Rebus Chef Wan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin usia meningkat naik, semakin penting seseorang itu menjaga kesihatan dan juga cara pemakanan supaya berat tidak mencapai ke tahap yang tidak diinginkan.

Kalau berat badan bertambah dengan jayanya, bukan saja tubuh badan kita bertukar saiz tetapi tahap kesihatan pun pasti menurunkan?


Menurut chef selebriti terkenal, Chef Wan, dia kini mengakui tidak kisah untuk menikmati hidangan yang mudah asalkan ia lengkap dengan nutrien yang diperlukan.

Chef Wan Penang Food 2017 04 14

Malah katanya lagi, dia juga ada cara terbaik untuk turunkan berat badan iaitu dengan memakan telur rebus bersama biskut kering buat makan malam. Wah simple je kan? 

 

“Berat turun hingga 4 ke 5 kg” 

Menerusi perkongsian Chef Wan di Instagram, dia memberitahu bahawa berat badannya kini makin berkurangan antara 4 ke 5 kg gara-gara mengamalkan pemakanan tiga biji telur rebus setiap malam.

Tambahnya lagi, makanan mudah seperti ini tanpa nasi telah dilakukan selama berminggu-minggu dan menampakkan hasil yang memberangsangkan.

https://www.instagram.com/p/CU7dWH9P5lk/

Saya sedar dah tua ini tak perlulah melampau batas. Terutamanya orang Melayu kita mesti ada nasi siang dan malam. 

“Lauk-lauk macam satu meja. Tu sebab ramai bila tua sakit jantung dan kencing manis yang amat tinggi. Muda-muda dah kena macam-macam penyakit. 

“Oleh itu saya cuba makan makanan yang berkualiti dan bersenam dengan berjalan kaki, melancong atau membuat kerja rumah dan berkebun. 

“Berpeluh-peluh juga. Badan pun sihat tidur pun senang. Tidur awal, bangun pun awal,” katanya.

Perkongsian Chef Wan ini mendapat pujian daripada netizen yang mengakui kita harus menjaga pemakanan tak kira pada usia apapun. Malah ramai juga di ruangan komen yang tak sabar nak try tips diet dari chef kita ni.

Sebelum ini juga Chef Wan pernah memberitahu yang beliau tidak mengambil makanan atau minuman yang manis untuk menjaga diet pemakanan.

Bagus tips Chef Wan ni… Jom ramai-ramai kita cuba. 

Baca: “Nampak lagi muda” – Viral Foto Kim Jong Un Kurus, Netizen Terkejut Perubahan Pemimpin Korea Utara

Kim Jong Un

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.