Kemunculan Datin Seri Rosmah Mansor di pejabat SPRM jam 11 pagi tadi mengundang pelbagai media yang sudah tak sabar-sabar lagi nak tahu perkembangan lanjut mengenai siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd.
Namun bukan pihak media je jadi penunggu setia Rosmah Mansor, kartunis Zunar yang terkenal melukis karikatur isteri bekas PM ni pun dikatakan telah menunggu di luar bangunan SPRM dengan harapan dapat bertemu Rosmah untuk nyatakan tanda ‘solidariti’, lapor FMT.
Zunar yang tiba 10.45 pagi hari ini (5 Jun) dengan berbaju T hitam tulisan “I love Rosmah” turut membawa senaskhah buku koleksi kartun mengenai wanita itu yang bertajuk “Ketawa Pink Pink” sebagai hadiah kepadanya.
Namun niat Zunar terhalang bila pihak SPRM melarang dia dari memasuki premis SPRM kerana tak ada pas media.
Sedih, ada orang suka pada dia, dan bawa hadiah, tetapi apa nak buat, tak ada jodoh,” katanya.
Zunar yang sebelum ni ada keluarkan kenyataan mengatakan dia rindu pada Rosmah kerana tak lagi muncul di khalayak ramai menganggap wanita tersebut sebagai ‘tokoh reformasi’ yang sebenar.
“Bukan Anwar atau Mahathir. Kerana dialah orang buka minda. Kalau bukan pasal cincin dan Birkin, orang kampung susah faham isu rasuah,” kata Zunar lagi.
Bila ditanya apa yang dia nak katakan kepada isteri Najib Razak tu kalau dapat bertemu dengannya, Zunar kata dia nak ucap “I love you”.
Aii Zunar hati-hati ye! Marah Abang Jib satgi. Hiks!