in

“Saya rindu Rosmah” – Kartunis Zunar

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kartunis Zunar memang terkenal dengan lukisan kartunnya yang berunsur politik dan pernah dituduh cuba untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri ke-6 kerana menghasilkan karya menceritakan keadaan politik di negara kita.


Pernah dianugerahkan 2016 Cartooning For Peace Award beberapa tahun lepas, Zunar mengakui bahawa dia sebagai seorang kartunis akan lebih merindui Datin Seri Rosmah Mansor berbanding Datuk Seri Najib Razak, lapor FMT.

Kk
sumber: fmt

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque mengatakan bahawa Rosmah adalah seorang yang sangat cartoonable dan memberikan banyak inspirasi kepadanya untuk melukis dan berkarya.

“Sangat banyak kartun yang boleh dibuat dengan karakter Rosmah, tetapi tidak banyak untuk Najib.”

“Kalau diberi pilihan, saya mahu Najib letak jawatan, tapi Rosmah kekal. Itu untuk kepentingan kartun saya. Tetapi kalau untuk kepentingan negara, dua-dua kena pergi.”

9Aca
sumber: blog

Menurut Zunar, Rosmah merupakan seorang individu yang dominan dan karakternya senang dilukis seperti Donald Trump, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Adolf Hitler. Baginya agak sukar untuk melukis karakter Najib kerana bekas Presiden UMNO itu bukan seorang yang dominan.

“Watak dominan yang cipta karakter. Bila buat kartun bukan sahaja kita lukis karakter fizikal, tetapi melibatkan emosi karakter. Tapi Najib tidak begitu sebab dia bukan karakter dominan.”

“Beliau tidak banyak bercakap pasal isu besar seperti 1MDB dan Jho Low. Beliau cuma cakap pasal makanan. Beliau bercakap pasal coklat kena curi, quinoa dan kangkung. Benda-benda macam tu macam mana nak lukis?”

Zunar I Miss You Rosmah Cartoon Fmt 1 Os
sumber: fmt

Bagi Zunar, karakter Rosmah senang dilukis sebab isteri bekas Pengerusi BN tu banyak bercakap tanpa berfikir.

“Jadi banyaklah idea. Bila dia bercakap, dia pertahan apa yang dia cakap. Jadi selain fizikalnya memberikan inspirasi, beg tangan dia, cincin, itu semua bahan bagus bagi seorang kartunis.”

Sementara kerajaan Pakatan Harapan melalui proses pembersihan rasuah kepimpinan kerajaan lama, Zunar mengatakan yang dia masih akan melukis Rosmah. Mesti semua rindu bila kartunis Zunar dah tak lukis Datin Seri Rosmah nanti kan?

Baca: Rosmah Dalam Keadaan Baik – Peguam

Ros

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.