in

Tun M Dakwa Orang Melayu Jadi Miskin Lepas Beliau Dah Tak Jadi PM

Ft Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan orang Melayu kini telah hilang segalanya dan dah jadi miskin selepas beliau letak jawatan sebagai perdana menteri.


Jelasnya, beliau ada cuba untuk memulihkan keadaan orang Melayu selepas Pilihan Raya Umum ke – 14 (PRU14), waktu beliau disandang sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua, namun malangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah dijatuhkan, lapor Malaysia Kini.

“Saya mengeluh sekarang kerana kehilangan segala-galanya oleh orang Melayu berlaku selepas saya letak jawatan sebagai perdana menteri.”

“Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi perdana menteri. Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi perdana menteri selepas PRU14.”

“Tetapi kerajaan Pakatan Harapan  (PH) dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang.”

319900879 6553075841374372 5899446515691861811 N

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghalang usaha untuk menyedarkan orang Melayu melalui cara Proklamasi Melayu.

Untuk rekod,  Tun Dr Mahahthir Mohamad telah menjadi perdana menteri sebanyak 2 kali, 22 tahun di bawah kepimpinan kerajaan BN dan 22 bulan ketika bersama PH pada 2020.

Baca : Tun M Beri Bayangan Sertai Parti Baharu, Mahu Bela Nasib Orang Melayu 

Cats 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.