in

Tun M Arah Tiada Dokumen Dibawa Keluar Daripada SKMM

Page Skmm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni macam-macam yang cuba dilakukan dalam menyiasat isu 1MBD dan katanya ada dokumen yang dibawa keluar dari kementerian untuk dimusnahkan!


Semua sedia maklum yang dokumen-dokumen ni penting dalam merungkai kes-kes yang berkait rapat dengan bekas PM sebelum ni.

Jj 1
sumber: sayang sabah

Sebentar tadi, DUN Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memuat naik satu tweet mengatakan dokumen-dokumen di Kementerian Komunikasi dan Multimedia difahamkan telah atau sedang dimusnahkan.

T1
sumber: twitter

Menurut Malaysiakini, kini polis sedang menjalankan pemeriksaan rapi ke atas semua kenderaan yang keluar masuk dari ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Putrajaya.

Tindakan ini dilakukan susulan arahan Tun M untuk memastikan tiada dokumen yang dibawa keluar daripada kementerian dan agensi berkenaan dengan bantuan polis yang ditempatkan di pintu masuk bangunan SKMM bagi memeriksa setiap kenderaan.

T2
sumber: malaysiakini
T3
sumber: malaysiakini
T4
sumber: malaysiakini

Seorang kakitangan SKMM yang tidak dinamakan berkata langkah tersebut telah diambil untuk menghalang mana-mana kakitangan yang mungkin cuba melupuskan dokumen berkaitan dengan pentadbiran terdahulu.

Namun begitu, dia menafikan bangunan tersebut diserbu dan tiada anggota polis yang masuk ke dalam untuk mencari dokumen.

Jangan berani nak bawak lari…

Baca: Laporan Audit: 1MDB Perlu Bayar Pinjaman RM42 BILLION!

1Mdb 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.