in

Laporan Audit: 1MDB Perlu Bayar Pinjaman RM42 BILLION!

1Mdb Reuters 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

TERGEMPAR! Nampaknya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengotakan janjinya apabila Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dah mendedahkan laporan audit 1MDB yang sangat mengejutkan!


Ddquo 0Vaaaomcv
sumber: twitter

Menurut Malay Mail, 1MDB kini perlukan lebih kurang RM42.26 BILLION untuk membayar semula kos pokok dan faedah pinjaman antara November 2015 dan Mei 2039. Dalam laporan tersebut jugak dinyatakan, 1MDB perlu sediakan dana yang besar untuk membayar komitmen yang tinggi dalam tahun-tahun berikut:

  • 2016 perlu bayar RM4.88 billion
  • 2023 perlu bayar RM14.74 billion
  • 2039 perlu bayar RM5.14 billion

Setiap tahun pulak antara November 2015 dan Mei 2024 1MDB perlu membayar pinjaman sebanyak RM1.52 billion! Banyaknya kena bayar! Habis hasil negara untuk bayar pinjaman je. 

Malah Jabatan Audit Negara jugak menemui pada 31 Oktober 2015, baki pinjaman atau pelaburan utama 1MDB adalah sebanyak RM55 billion berbanding aset yang dimilikinya hanya RM58.6 billion.

1Mdb
sumber: the edge market

Dengan tu, 1MDB telah naikkan modal kepada RM1 juta yang mana menunjukkan syarikat ni mula tak stabil sebab perlu dapatkan pinjaman luar pulak untuk membiayai aktivitinya. Aduhai! 

Bagi anda yang berminat untuk lihat dokumen ni dengan lanjut, boleh tengok di sini.

Akauntan mesti geleng kepala lepas baca laporan 1MDB ni! 

Baca: “Apandi sorok bukti kesalahan 1MDB’ – Tun M

Apandi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.