in

Tular Video Menteri Dalam Negeri Daftarkan Perkahwinan Pasangan Bukan Muslim, Ini Jawapan JPN

Mdn Non Muslim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video yang tular menerusi WhatsApp dan juga TikTok mendatangkan persoalan netizen, video tersebut memaparkan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution dilihat mendaftarkan perkahwinan pasangan bukan Islam.


Video tersebut mengundang banyak persoalan namun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan ianya bukanlah sesuatu yang salah.

Artikel berkaitan: Menteri Pendidikan Ucap Tahniah Kepada Cikgu Wan Mu’adzam, Tersenarai Dalam 50 Orang Guru Terbaik Dunia

Artikel berkaitan: ‘Influencer’ Sedih Anak Terpaksa Berbinkan Abdullah Kerana Suami Enggan Ke JPN

Cats 42

JPN dalam sebuah kenyataan berkata, proses pendaftaran Perkahwinan Sivil terbabit tidak melibatkan, tidak menyerupai, tidak melambangkan dan tidak dipengaruhi dengan mana-mana ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.

“Lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata.

Ianya juga persetujuan dan kesanggupan pasangan menerima perkahwinan tersebut dengan rela hati tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Malah sesi pendaftaran Perkahwinan Sivil dengan YB (Yang Berhormat) Menteri (Saifuddin Nasution) ini diadakan sebagai acara istimewa untuk pasangan terpilih ketika sambutan Hari Pendaftaran Negara setiap tahun,” katanya.

Dalam program tersebut, pasangan itu dipilih oleh JPN untuk didaftarkan oleh YB Menteri selaras dengan pelaksanaan pendaftaran perkahwinan sivil serta merekodkan maklumat perkahwinan dan perceraian bagi bukan Islam selaras dengan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].

Menurut akta tersebut, difahamkan Menteri Dalam Negeri adalah menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil yang mana ia membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.

Selain itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menjelaskan secara ringkas berkenaan video yang tular itu.

Dalam pada itu, JPN turut menjelaskan selain Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Pengarah Pendaftaran Negeri serta pegawai dan kakitangan JPN yang bertugas di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian sebagai Timbalan Pendaftar Perkahwinan turut diberikan kuasa terbabit.

JPN turut meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara.

Sumber: TikTok, JPN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.