in

‘Influencer’ Sedih Anak Terpaksa Berbinkan Abdullah Kerana Suami Enggan Ke JPN

Cik Pia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, seorang influencer Nor Sufia Johari yang lebih dikenali sebagai Cik Pia meluahkan rasa sedih dalam TikTok miliknya kerana suaminya didapati ‘hilang’ sejurus Cik Pia melahirkan anaknya.


Disebabkan itu, anaknya terpaksa menggunakan nasab bin Abdullah kerana ketiadaan dokumen penting seperti kad pengenalan suaminya itu.

@norsufiiajohari

sedih sgt sedih..apalah salah anak ni..Ya Allah kau permudahkanlah urusan yg sulit ini..Semoga anak ini mendapat haknya..#trending #hello2023 #viral #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypage #tiktoker #tiktok #fypp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Apa Sebenarnya – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦

Cik Pia berkongsi perbualan WhatsApp-nya dengan seorang individu yang difahamkan pekerja Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di mana dia bertanya apakah yang diperlukan untuk mendaftar anaknya yang perlu lahir itu.

Pekerja JPN tersebut memberitahu jika tiada kad pengenalan serta sijil nikah bapanya, maka anak itu perlu menggunakan nasab bin Abdullah.

“Sedih sgt sedih, apalah salah anak ni, ya Allah kau permudahkanlah urusan yang sulit ini. Semoga anak ini mendapat haknya,” tulisnya di kapsyen.

Dia turut berkongsi kegusarannya apabila anak tersebut besar nanti dia akan mempersoalkan mengapa namanya berbeza dengan adik-beradiknya yang lain.

Selain itu, influencer itu juga memberitahu dirinya masih tidak tahu keberadaan suaminya itu dan setakat artikel ini ditulis, dia masih belum mendapat informasi tentang suaminya itu.

Semoga Cik Pia terus kuat ya…

Baca: Tertekan Bercerai Dengan Bekas Isteri, Bapa Belajar Hisap Dadah Daripada Anak

Ft Bapa Belajar Hisap Dadah Dari Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.