in

Tular Video Kenderaan JPJ Iringi Lori Balak Di Jalan Raya, Rupanya-rupanya…

Jpj Iringi Lori Balak Sebenarnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, isu pembalakan antara topik yang menjadi perbincangan hangat netizen dek kerana ada yang mengaitkannya dengan situasi banjir yang sedang dihadapi di beberapa negeri.


Perkara ini jadi lebih buruk apabila tular sebuah video di Twitter yang memaparkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengiringi beberapa buah lori balak di Gua Musang, Kelantan.

 

JPJ tampil beri penjelasan isu video 

Video yang dipaparkan di atas sekaligus memberi persepsi negatif netizen kepada pihak penguatkuasa seperti JPJ yang dianggap ‘melindungi’ lori balak berkenaan.

Namun dalam satu kenyataan dari JPJ menjelaskan bahawa tindakan mengiringi lori-lori itu untuk ke Stesen Penguatkuasa Mentara, Gua Musang adalah untuk memastikan pemandu lori berkenaan tidak meloloskan diri daripada kawalan JPJ untuk ke lokasi seterusnya yang diarahkan untuk menimbang berat muatan, lapor Sinar Harian.

Tindakan itu juga merupakan satu daripada SOP JPJ untuk jamin keselamatan pengguna jalan raya.

JPJ memandang serius persepsi negatif terhadap JPJ yang didakwa seolah-olah memberi ‘perlindungan’ kepada kesemua lori balak terbabit.

“Perkongsian video itu dilihat telah mencalarkan imej JPJ tanpa si pemilik akaun media sosial tersebut mengetahui gerak kerja sebenar JPJ.

“JPJ tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan dengan membuat laporan polis jika didapati tuduhan itu menggugat kredibiliti dan imej JPJ dalam melaksanakan tugas rutin,” menurut kenyataan itu.

Tbiadap O Hmfield Image Listing Featured V2.Var 1598431396

Dalam operasi tersebut, JPJ telah menahan 30 lori balak di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang dan membuat pemeriksaan sebelum kesemua lori diarahkan untuk ditimbang di Stesen Penguatkuasa Mentara.

56 notis kesalahan juga dikeluarkan JPJ iaitu 23 notis mengikut Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, dua notis mengikut Seksyen 224 APAD 2010 dan 31 notis bagi lain-lain kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Harapnya tak adalah lagi yang buat spekulasi bukan-bukan ye lepas baca kenyataan dari JPJ ni. 

Baca: Viral Gambar Treler Bawa Kayu Balak Saiz Luar Biasa, Ini Penjelasan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Balak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.