in

Tular Tayang Tatu Kalimah Allah, Wanita Ditahan Polis

Ft Wanita Tatu Kalimah Allh

Pihak polis telah menahan seorang wanita warga tempatan atas tindakannya menghina agama Islam selepas fotonya menayangkan tatu yang bertulis kalimah Allah tular di laman Facebook.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata tangkapan ke atas wanita berusia 46 tahun itu dilakukan di sebuah lokasi di Gombak, Selangor, kelmarin.

“Pemilik atau pengendali akaun Facebook ‘@Bunga Matahari’ sebelum ini memuat naik gambar menunjukkan tanda tatu kalimah Allah di badan seorang individu.

“Turut dirampas adalah sebuah telefon bimbit bersama sekeping kad sim.”

Tambah beliau, reman terhadap suspek dibenarkan selama tiga hari bermula semalam hingga Jumaat ini, di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, menerusi Berita Harian.

Screenshot 2023 05 25 173949

“Kes juga disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

Noorsiah berkata, orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang hantaran atau menularkan perkara yang menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan institusi diraja di mana-mana platform media sosial.

Katanya, tindakan itu boleh mengakibatkan perpecahan, keamanan serta menggugat keharmonian kaum. Jelas beliau lagi, tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Baca : “Apa gunanya beta menjadi ketua agama Islam?” – Sultan Selangor Minta Majlis Agama Islam Campur Tangan Isu Kalimah Allah

Collage 48

 

Sumber: YouTube