in

“Apa gunanya beta menjadi ketua agama Islam?” – Sultan Selangor Minta Majlis Agama Islam Campur Tangan Isu Kalimah Allah

Collage 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

10 Mac lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Nor Bee Ariffin memutuskan bahawa arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 5 Disember 1986 yang melarang penggunaan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Solat” dan “Kaabah” oleh orang bukan Islam adalah tidak sah dah tidak berperlembagaan.


Katanya, arahan itu telah melampaui tujuan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Ekoran dari ini, ramai umat Islam di negara ini telah meluahkan rasa tak puas hati mereka malah pada 15 Mac lalu, Putrajaya telah pun failkan rayuan terhadap keputusan ini.

Bukan itu sahaja, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun mengarahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk turut campur tangan dalam rayuan terhadap penghakiman penganut Kristian boleh menggunakan kalimah “Allah” dalam pendidikan dan buku agama mereka, lapor FMT.

Titah baginda, sebagai ketua agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin akan tetap mempertahankan kesucian kalimah “Allah” dan ia sudah pun menjadi kewajipan umat Islam untuk melarang penggunaan kalimah “Allah” jika terdapat unsur penyalahgunaan atau penghinaan.

Sharafuddin Idris Shah Bernama 080720 2 672X420 1

Apa gunanya beta menjadi ketua agama Islam Selangor, jika beta gagal untuk menjamin kemuliaan kalimah Allah dan kesucian agama Islam daripada dicemari pihak yang mempunyai agenda tersendiri?

Beta sentiasa menekankan agar rakyat beta dapat menghormati kepercayaan agama masing-masing dan tidak cuba menyentuh sensitiviti agama masing-masing yang boleh merosakkan perpaduan kaum di Selangor ini.”

Sultan Sharafuddin turut menitahkan rakyat Selangor yang bukan beragama Islam untuk akur dengan larangan penggunaan kalimah Allah.

300B08945Eba25Fc9E2B892F37B96034.Jpgs900

Beta menitahkan rakyat beta yang bukan beragama Islam di Selangor sentiasa akur dan mematuhi larangan penggunaan kalimah Allah sepertimana diperuntukkan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam 1988) yang diwartakan pada 7 Julai 1988.

“Ini termasuklah larangan penggunaan beberapa perkataan lain yang termaktub di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam ini bagi tujuan komersial dan bagi tujuan menamakan tempat perniagaan atau bangunan.”

Titah baginda lagi, kalimah “Allah tak boleh diletakkan di tempat salah atau digunakan selain daripada maksud “Tuhan Yang Maha Esa” yang menjadi pegangan akidah umat Islam. Namun, baginda tak membantah sekiranya “tuhan” digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan “God”.

Beta mengulangi pendirian beta bahawa kalimah ‘Allah’ ialah kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk ‘Tuhan Yang Maha Esa’ yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.

“Beta menegaskan menjadi tanggungjawab semua umat Islam, terutamanya umat Islam di Selangor, untuk menjaga kesucian kalimah Allah pada setiap masa dan di dalam apa jua keadaan sekalipun.”

 

Baca: Penganut Kristian Dibenarkan Guna Kalimah Allah Untuk Tujuan Pendidikan & Mahkamah Tinggi KL

Screenshot 2021 03 23 At 4.57.51 Pm

Sumber: FMT
Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.