in

Tular Rakaman Lori ‘Panjat’ 2 Kereta, Punca Keluar Simpang Secara Mengejut

Lori Panjat Kereta

Berkali-kali sudah diingatkan untuk para pemandu berhati-hati di jalan raya jika ingin mengelakkan diri dari terlibat dengan kemalangan.

Namun terbaharu, tular beberapa gambar dan rakaman video yang memaparkan keadaan sebuah lori yang dilihat terbabas hingga merempuh dua kenderaan lain di Jalan Lebuh Puteri, Bandar Puteri, Serdang.

F3Eqdtybyaawua3

Keluar simpang mengejut jadi punca lori rempuh kereta

Menurut Kosmo, punca kejadian adalah disebabkan tindakan sebuah kereta yang keluar simpang secara mengejut.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, pihaknya mendapat laporan berkaitan kejadian itu kira-kira jam 11.40 pagi.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian ini berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Lebuh Puteri ketika sebuah lori jenis Inokom dipandu seorang lelaki dari arah Lebuh Puteri (IOI Galeri) menghala ke KPMC Puchong.

Lori tersebut melanggar sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai keluar simpang secara mengejut mengakibatkan ia terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar dua lagi kenderaan yang diletakkan berhampiran.

“Bagaimanapun, kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan kesemua mangsa yang terlibat,” katanya.

Susulan kejadian itu, siasatan kini dijalankan di bawah Peraturan 17 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 166/59) untuk tindakan selanjutnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh hubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Remy Nordin di talian 0195282256.

Haih terkejut tengok lori tu boleh duduk atas dua kereta tu ye! 

Baca: “Tidak berfikir waras” – Lelaki Didakwa Jadi Punca Kemalangan Penunggang Ducati Mengaku Sakit Mental

Ducati

Sumber: X