Pada 5 Jun lalu, 31 pekerja di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh di Sitiawan, Perak telah dikompaun dari RM1,500 ke RM2,000 gara-gara gagal mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera meraka.
Malah, ada juga tular mesej di WhatsApp meminta agar orang ramai untuk update profil MySejahtera mereka sekiranya tak mahu didenda.
Ekoran ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjelaskan bahawa orang ramai tak perlu mengemaskini status kesihatan mereka di aplikasi MySejahtera, lapor Malay Mail.
Menurut Ketua Pengarah MKN Datuk Mohd Rabin Basir, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) status kesihatan ini tak perlu dikemaskini kecuali berhadapan dengan empat pengecualian ini iaitu:
- Sekiranya seseorang individu mula mengalami gejala Covid-19
- Membuat perjalanan ke luar negara
- Ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19
- Seseorang itu positif dijangkiti Covid-19
Menurut SOP MKN, jika sesebuah kilang mempunyai pekerja yang disahkan positif, kesemua pekerjanya perlu mengemaskini status kesihatan mereka melalui MySejahtera.”
Oleh kerana ini, Mohd Rabin mengatakan insiden 31 pekerja dikompaun itu perlu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut diambil dan menasihati pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya dan menasihati pejabat kesihatan daerah untuk membatalkan denda tersebut.
Baca: Berita Baik! Ibu Hamil & Menyusukan Anak Boleh Kemaskini Status di MySejahtera