Sebuah kereta jenama Lexus dengan plat nombor pendaftaran Singapura sedang dikesan apabila pemilik kenderaan itu tidak membayar harga minyak petrol Ron97 selepas mengisi penuh tangki minyak keretanya di sebuah stesen minyak di Skudai, Johor baru-baru ini.
Menurut New Straits Times, pemilik kenderaan itu sedang dikesan oleh pemilik stesen minyak itu yang memohon pemilik kereta Lexus itu untuk datang semula ke stesen minyak berkenaan dan membayar harga minyak RON97 yang bernilai RM139.01 itu.
Jika tidak, kerugian itu terpaksa ditanggung oleh pekerja stesen minyak tersebut.
Difahamkan, pemandu kereta tersebut telah meminta pekerja stesen minyak itu untuk mengisi penuh tangki minyak kereta itu dengan petrol RON97 namun bayaran tidak dibuat sebelum pengisian minyak dilakukan.

Artikel Berkaitan: Salotape Nombor Plat Singapura Untuk Isi Minyak RON95, Lelaki Warga Emas Disaman RM9,000
Artikel berkaitan: Isi RON95 Ke Dalam Tangki Kenderaan Berpendaftaran Asing, Stesen Minyak Di Sungai Petani Dikenakan Tindakan
Ketika minyak sedang diisi ke dalam tangki kereta itu, seorang wanita iaitu penumpang kereta tersebut telah keluar dari kereta untuk masuk ke dalam kedai di stesen minyak itu untuk membeli sesuatu.
Namun, menurut pekerja stesen minyak itu, apabila wanita berkenaan selesai membeli, dia kemudiannya telah kembali ke kereta dan pemandu kereta berkenaan pula telah memandu kereta dan berlalu pergi dari stesen minyak tanpa membayar harga minyak kereta yang telah diisi itu.
Difahamkan, ada beberapa orang pemandu kereta lain yang menyaksikan kejadian itu telah menekan hon kereta mereka untuk menyedarkan pemilik kereta Lexus itu bahawa mereka belum membayar harga minyak petrol itu namun kereta Lexus itu tidak berhenti sama sekali dan hanya meneruskan perjalanan mereka.
Sumber: New Straits Times, X BFM News
