in

Tular Isu ‘Potong Queue’ Dalam Pemberian Vaksin, Petugas Kesihatan Dilarang Beri ‘Statement’ Awam Tanpa Kebenaran

Cucuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, tular di media sosial posting daripada netizen yang mengatakan terdapat golongan VVIP yang didakwa telah ‘potong queue’ untuk mendapatkan suntikan vaksin terlebih dahulu.


Perkara ini juga telah mendapat perhatian segelintir doktor termasuklah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin sendiri yang mahu menyiasat sama ada isu ini benar-benar berlaku ataupun tidak.

 

“Petugas kesihatan dilarang buat pernyataan awam tanpa kebenaran” – KSU KKM 

Walau bagaimanapun, hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan yang melarang petugas kesihatan untuk membuat sebarang pernyataan awam tanpa kebenaran. 

Pernyataan yang tidak wajar dan dibuat tanpa usul periksa bukan sahaja menjejaskan imej pegawai sebagai penjawat awam, malah boleh menyebabkan kekeliruan dan kegelisahan dalam masyarakat serta menjejaskan kredibiliti perkhidmatan awam dan Kerajaan,” katanya.

Tambahnya lagi, peraturan tersebut bukanlah untuk menghalang mana-mana pegawai daripada bersuara tetapi untuk memastikan pegawai menggunakan saluran yang betul dalam memberi maklumbalas dan aduan untuk jaga imej dan kredibiliti secara keseluruhannya.

KKM kini katanya memandang serius berhubung dengan salah laku dalam penggunaan media sosial dan setiap kes yang diadukan jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman tatatertib berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa.

Hmm… apa komen korang mengenai isu ini? 

Baca: “Boleh terus emel kepada saya” – Netizen Dakwa Ramai ‘VVIP’ Potong Giliran Untuk Vaksin, Ini Respon KJ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.