Setelah sempadan negara kini dibuka, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Sultan Iskandar (CIQ), Johor Bahru boleh dikatakan antara sempadan yang tersibuk di negara.
Walau bagaimanapun, sejak dua menjak ini, pelbagai aduan kedengaran mengenai masalah eskalator dan autogate di kompleks ini yang katanya rosak dan menimbulkan masalah kepada pengguna.
PM & MB Johor tunjuk guna jari masalah fasiliti rosak
Masalah ini kemudian mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah membuat lawatan mengejut di CIQ JB semalam bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menurut Bernama, PM katanya mahu masalah eskalator dan autogate yang rosak untuk pemegang pasport Malaysia di CIQ tersebut diselesaikan dengan segera.
Menurut Ismail Sabri, masalah seperti itu patut diselesaikan dengan segera demi kemudahan Keluarga Malaysia dan juga pengembara luar negara kerana ia adalah satu pintu masuk utama negara.
Kompleks ini sudah kembali pulih selepas sempadan negara dibuka semula sepenuhnya.
“Saya mendapati kemudahan-kemudahan termasuk pengangkutan awam dalam keadaan baik kecuali kerosakan eskalator dan ‘autogate’ untuk pemegang pasport Malaysia,” katanya.
https://www.facebook.com/ismailsabri60/videos/757983901899754/
“Adalah baiknya jika YAB PM dapat melawat semua LRT/MRT station”
Menghargai usaha PM yang cakna dengan masalah yang dihadapi rakyat setiap hari, ada juga di kalangan netizen minta PM melawat ke stesen-stesen MRT serta LRT yang mempunyai masalah yang serupa.
Malah ada juga mengatakan perkara seperti ini tak sepatutnya berlaku dan ia seharusnya diselesaikan tanpa perlu PM atau MB turun padang untuk menegur.
Harap pihak yang berwajib take notelah akan masalah kerosakan fasiliti di kemudahan-kemudahan awam dalam negara ini. Tak perlulah sampai PM turun baru nak betulkan…