in

MB Johor Pertimbang Kembalikan Cuti Hujung Minggu Sabtu & Ahad Lepas Ramai ‘Complaint’

ft menteri besar johor 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan Johor akan mengkaji semula hari cuti hujung minggu yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu di negeri tersebut, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini.

Beliau berkata ia berikutan dengan rungutan orang ramai mengenai hari cuti hujung minggu yang berbeza antara dua sektor iaitu kerajaan dan swasta, lapor malaymail.


“Mendengar keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu berbeza untuk kerajaan dan swasta, kerajaan Johor akan mengkaji semula perkara ini (penetapan cuti hujung minggu).”

“Ia agar ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama, saya akan umumkan selepas mendapat kaedah paling tuntas bagi menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Datuk Onn Hafiz Ghazi Bernama

Kerajaan Johor telah menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari rehatnya sejak 1 Januari 2014 berikutan titah Sultan Negeri Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena sambutan hari keputeraan baginda ke-55 pada 23 November 2013.

Beliau dilaporkan berkata, perubahan itu bagi memudahkan umat Islam di negeri ini menunaikan solat Jumaat. Sebelum itu, hari Sabtu dan Ahad yang masih menjadi amalan semasa sektor swasta di Johor.

Baca : Tular Gambar PM & MB Johor Tunjuk Eskalator & Autogate ‘Rosak’ Di CIQ JB

CIQ JB Masalah eskalator autogate rosak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.