in

“PM layan Stranger Things ke?” – Baju Sama Dengan Pelakon Netflix, Ismail Sabri Jadi Perhatian Netizen

Untitled Design 2022 05 27T115911.400

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh di Twitter apabila siri popular Netflix, Stranger Things dikatakan bakal menemui peminat untuk musim keempat, 27 Mei ini.


Siri ini mengisahkan sekumpulan remaja menjadi saksi kuasa ghaib dan rahsia kerajaan. Ketika sedang dalam pengembaraan penuh cabaran itu, kumpulan remaja tersebut merungkai satu siri misteri yang luar biasa.

Netflix Malaysia telah memuat naik sebuah video teaser untuk siri drama tersebut yang memaparkan pelakon siri tersebut memberitahu ‘sesuatu’ akan berlaku di The Rift, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen ialah pelakon siri tersebut iaitu Caleb McLaughlin yang memegang watak Lucas Sinclair memakai baju kemeja yang sama dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri.

Untitled Design 2022 05 27T113437.842

“Ada cameo dalam season baru ke?” 

Perkara yang luar jangkaan itu menarik perhatian ramai netizen malah ada juga yang spill harga dan jenama baju tersebut. Fuh!

Pm

Difahamkan, Ismail Sabri memakai baju tersebut dalam pertemuannya dengan rakan sejawatannya dari Singapura di Tokyo pada hari Rabu lepas.

Baju tersebut sebelum ini menjadi buah mulut netizen kerana dikatakan berjenama Burberry, ia merupakan jenama mewah dari London, England dan sehelai baju itu mencecah harga RM5,500!

Untitled Design 2022 05 27T115304.514

Sekali betul, PM Ismail Sabri ada cameo dalam Stranger Things S4! Haha

Baca: Netizen Dakwa Ijazah Kehormat Diterima PM Tak Diiktiraf MQA?

Untitled Design 2022 05 27T115627.490

Sumber: Burberry

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.