in

Tular Aduan Askar Sering Dipau Gaji & Dipukul Senior, Hishammuddin Mahu Ambil Tindakan Tegas Jika Sahih

Hishammuddin Mahu Ambil Tindakan Kes Buli Askar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat kesan tekapan seterika pada badan, isu buli di kalangan askar adalah satu perkara serius dan telah mendapat perhatian pihak atasan.


Pun begitu, baru-baru ini, tular di Twitter apabila seorang pengguna @pedoqpop memuat naik DM berkenaan luahan anggota keluarga seorang askar yang mendedahkan dirinya sering dipukul dan gajinya habis digunakan oleh senior.

Menurut mangsa, wang gajinya sering digunakan untuk membeli barang keperluan senior seramai 12 hingga 14 orang. Walaupun aduan sudah dibuat, namun mereka yang terlibat hanya dikenakan denda kawad selama 45 minit saja.

Pengadu itu kemudian memberitahu yang dia bimbang akan keselamatan adiknya dan jikalau kes arwah Zulfarhan kembali berulang.

 

“Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan” 

Susulan tular tweet tersebut, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein Onn melalui satu posting di Twitter sudah mengambil maklum akan isu tersebut dan berharap individu di sebalik mesej berkenaan menghubunginya atau pejabatnya dengan segera.

Menurut Hishammuddin, identiti mangsa akan dirahsiakan dan dia juga telah mengarahkan Timbalan Menteri untuk teliti perkara ini secara peribadi.

Dalam pada itu, keluarga pengadu berkenaan juga memberitahu mereka kini dalam proses untuk mengumpulkan mesej-mesej daripada mangsa dan akan menghubungi menteri dengan segera.

Harapnya kes buli seperti ini dapat ditamatkan dengan segera dan ramai yang ambil iktibar tentang kes yang telah menimpa arwah Zulfarhan. 

Baca: “Tak ada bukti, main serkap jarang” – Bapa Zulfarhan Yakin Anak Masih Hidup Kalau Tak Difitnah Bomoh

Bapa Zulfarhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.