in

“Sudah-sudah lah tu menyusahkan orang” – Persara Doktor Mungkin Akan ‘Turun Padang’ Semula Untuk Bantu Rawat Covid-19

Baba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari demi hari ada berlaku kes terbaru namun begitu jika difikir dari sudut positif, jumlah kes terbaru hanya mendatar sahaja, dan angka bilangan peningkatan makin kurang dengan jumlah 125 kes direkodkan pada Isnin diikuti 120 kes (Selasa), 117 kes (Rabu) dan 110 semalam.

Tetapi, andaikata jumlah kes di negara ini semakin mendadak, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menegaskan kerajaan bersedia memanggil semula doktor perubatan yang sudah bersara atau pegawai perubatan yang berkhidmat dalam angkatan tentera.


 

Kita tidak ada alasan untuk (tidak) panggil balik doktor yang sudah pencen dan doktor angkatan tentera untuk bantu kita”

Namaun begitu, dengan keadaan sekarang ini Dr Adham berkata negara kini masih mempunyai keupayaan doktor perubatan yang mencukupi bagi mengawal kes berkaitan COVID-19 dan masalah kesihatan yang lain.

Ini termasuk usaha kementerian menempatkan 1,000 doktor pelatih di 44 hospital kerajaan seluruh negara bagi membantu melicinkan operasi harian, susulan penularan COVID-19, sekali gus meredakan bebanan doktor sedia ada.

Malah, susulan dengan bilangan kes positif Covid-19 di negara ini  semakin bertambah, 830 jururawat lantikan secara kontrak akan ditambah untuk mengisi kapasiti petugas di 132 hospital kerajaan di Malaysia.

Beliau juga berharap agar Malaysia dapat memnjadi negara yang mampu membangunkan vaksin, termasuk Covid-19 yang membawa maut ini.

“Kita akan menyertai WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) supaya ada pakar kita akan sama-sama berinteraksi supaya kita boleh jadi satu negara yang membangunkan vaksin ini. Usaha ini bagi masa depan untuk kita lindungi rakyat kita.” 

 

Tu pun masih lagi rakyat – Degil

Berikutan dengan kenyataan ini, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata marah dengan sikap segelintir rakyat yang masih lagi memandang enteng terhadap isu ini.

Lebih-lebih lagi apabila terjadi kes seorang lelaki positif Covid-19 naik bas untuk ke satu destinasi tu.

Doktorbersara Doktorbersara2 Doktorbersara3

Ada juga yang sokong dan anggap satu berita bagus kerana pesara dapat melakukan semula tugas mereka, namun ada juga yang bimbang kerana persara yang biasanya golongan tua ini akan lebih mudah terdedah untuk mendapatkan virus tersebut.

 

Baca : “Time lemah lembut dah tamat” – Tentera Akan Ambil Alih Kalau Rakyat Masih Ingkar

Ingakr

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.